Alex Iwobi Labelkan Marco Asensio Sebagai Pemain Yang ‘Mesti Dibeli’ Dalam FIFA 18

Alex Iwobi

Pemain Arsenal, Alex Iwobi melabelkan bahawa pemain Real Madrid, Marco Asensio sebagai pemain yang perlu dibeli olehnya dalam permainan video FIFA 18.

Bercakap pada hari pelancaran permainan tersebut, dimana dikeluarkan pada hari Jumaat, pemain antarabangsa Nigeria itu ditanya mengenai siapa pemain yang akan menjadi pilihan ‘mesti dibeli’ olehnya dalam ‘Career Mode’.

”Untuk saya dalam ‘Career mode’ ia mungkin Marco (Asensio) di Real Madrid,” kata Alex Iwobi kepada Standard Sport.

“Dia seorang bakat muda, membuktikan dirinya di kelab besar di mana terdapat begitu ramai pemain bintang, jadi saya memilih dia.”

Pemain berusia 21 tahun itu, turut yakin dengan keupayaannya sendiri dalam permainan itu, turut mendedahkan dia mempunyai rekod terbaik dalam kalangan skuad Arsenal.

“Saya tidak suka sombong tetapi saya fikir mengenai diri saya ini,” tambah Iwobi. “Saya hanya bermain dengan pemain muda kerana saya tidak fikir pemain yang lebih tua benar-benar bermain FIFA.

“Saya akan mengatakan bahawa saya paling banyak memenangi permainan.”

Iwobi turut mengakui dia perlu memilih untuk menggunakan pasukan lain selain dari Arsenal, memandangkan trio MSN (Messi, Suarez & Neymar) sudah tidak berada di Barcelona.”

”Pada FIFA 17 saya biasanya bermain menggunakan pasukan Barcelona, “lanjutnya. “Kerana tiga pemain depan mereka – tetapi itu adalah tahun lalu jadi pada tahun ini saya tidak tahu lagi.

”Ia mungkin PSG tetapi saya tidak suka menggunakan pasukan yang kuat walaupun menggunakan Barcelona pada tahun lalu. Ia bergantung kepada pemain lawan menggunakan pasukan mana, sekiranya pemain lawan menggunakan pasukan yang kuat, saya akan turut menggunakannya.”

Sumber :

Evening Standard (2017) https://www.standard.co.uk/sport/football/arsenal-s-alex-iwobi-labels-real-madrid-star-marco-asensio-as-must-buy-on-fifa-a3646241.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN