Alex Agyarkwa Teruja Sertai Pasukan Hebat Seperti Selangor 2

Alex Agyarkwa

Pemain baharu Selangor 2, Alex Agyarkwa menyifatkan pasukan baharu yang disertai beliau adalah pasukan yang amat baik di Malaysia.

Agyarkwa merupakan pemain baharu bagi skuad kedua Selangor itu selepas menyelesaikan urusan perpindahannya secara pinjaman dari kelab Ghana – Accra Lions.

Bercakap kepada media pasukan selepas menyertai sesi latihan buat kali pertama sejak menjalani kuaratin, Agyarkwa mengatakan dirinya telah melakukan kajian terdahulu sebelum memilih untuk menyertai Selangor.

“Sebelum ini, saya telah melakukan kajian mengenai Selangor. Malah saya juga telah bertanyakan kepada Jordan Ayimbia mengenai keadaan pasukan ini.”

“Beliau berkata Selangor adalah pasukan yang cukup baik sebab itulah saya memilih untuk ke sini.”

Agyarkwa juga tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya apabila tiba di Malaysia dan kini bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cukup besar, dan saya amat teruja untuk mewakili pasukan Selangor yang cukup indah ini.”

Agyarkwa menjadi pemain ketiga dari Accra Lions yang dipinjam oleh Selangor selepas Jordan Ayimbia dan George Attram.

Beliau beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan merupakan antara pemain yang menjadi tumpuan di saingan divisyen dua Ghana.

Lebih menarik, beliau telah mencatatkan rekod dengan menjadi pemain terbaik perlawanan sebanyak lapan kali daripada 13 perlawanan separuh musim di Ghana.

Menurut Pengarah Sukan Selangor, Michael Feichtenbeiner, kemasukan Agyarkwa bakal menlengkapkan apa yang tiada dalam pasukan tersebut.

“Beliau merupakan pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi seperti di posisi nombor 8, 10 dan 6 dengan baik.”

“Kualiti hantaran serta kelincahan ketika menggelecek oleh beliau mampu memberikan kelebihan kepada corak permainan yang digunakan oleh kami sekarang,” katanya kepada media Selangor FC.

Agyarkwa bakal menyarung jersi nombor 19 untuk baki saingan Liga Premier musim ini.

Baca juga artikel-artikel terkini kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Penantian Tujuh Tahun Ashar Al Aafiz Bersama Sri Pahang Akhirnya Membuahkan Hasil

Liga 1 Indonesia Ditunda, Tawaran Jadi Tuan Rumah Piala AFC Mungkin ‘Lebur’

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN