Ini Alasan Pep Guardiola Di Sebalik Prestasi Buruk Manchester City

Manchester City dibelasah Everton 4-0 di Goodison Park. Ia adalah kekalahan paling besar yang pernah dialami Guardiola dalam perlawanan domestik.

Claudio Bravo gagal menyelamatkan keempat-empat cubaan tepat Everton. Bayangkan 4 cubaan tepat (on target), 4 gol!

Bravo kini gagal menyelamatkan lebih 60% daripada cubaan tepat yang ditujukan ke gawang beliau setakat ini untuk musim 2016/17.

Pep: Lupakan Kedudukan Liga!

Di sebalik wajah tenang Pep Guardiola beliau sebenarnya kecewa. Beliau mengakui amat sukar untuk menjuarai liga. Beliau berkata:

“Kami 10 mata di belakang Chelsea. Dan ia sangat jauh untuk dikejar.”

“Lupakan kedudukan liga sehingga akhir musim ini. Pada akhir musim kami akan membuat penilaian (assessment) perncapaian kami. Apa pencapaian pemain, jurulatih. Lepas tu baru kita akan buat keputusan.”

Kenapa City Bermasalah?

LIVERPOOL, ENGLAND – JANUARY 15: Josep Guardiola, Manager of Manchester City looks on during the Premier League match between Everton and Manchester City at Goodison Park on January 15, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Kami bermain baik pada separuh pertama, kami mencipta banyak peluang termasuk clear cut chances untuk menjaringkan gol.”

“Namun, kami tetap gagal untuk menjaringkan gol. Dan mereka menyerang sekali dan terus mendapat gol.”

“Pada separuh masa kedua mereka menjaringkan gol kedua, dan itu yang menjadikan mental pemain saya dalam keadaan sangat tertekan.”

Selepas Perlawanan Yang Miss 2 Penalti

“Segalanya bermula daripada perlawanan kami menentang Everton di tempat kami (Etihad) ketika kami gagal menyudahkan 2 penalti. Itulah titik tolak prestasi buruk kami sekarang.”

“Dalam banyak banyak perlawanan, kami mencipta banyak peluang. Tetapi pihak lawan menghukum kami dengan gol. Ia menjadi sukar bagi kami.”

“Pihak lawan pula bertahan dengan 9 pemain selepas menjaringkan gol. Dan menyerang kami dengan serangan balas.”

“Apa yang berlaku pada perlawanan hari ini adalah contoh perkara yang kerap berlaku kepada kami musim ini

“Tapi, inilah bola sepak. Anda perlu melakukan lebih banyak lagi untuk menang.”

Baca juga: Analisis Taktikal EPL 2016/17: Plan B Mourinho Menjadi Penyelamat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram