Alan Shearer: Sanchez Satu-Satunya Pemain Yang Masih Gagal Bersinar Dibawah Kendalian Solskjaer

Alexis Sanchez adalah satu-satunya pemain Manchester United yang gagal bersinar di bawah Ole Gunnar Solskjaer.Demikian tanggapan legenda bola sepak Inggeris, Alan Shearer apabila diminta memberi reaksi berhubung prestasi Solskjaer mengendalikan United ketika ini.

Menurut Shearer, sejak Solskjaer mengambil alih pasukan, pengurus itu telah berjaya mengakhiri episod duka yang dialami United musim ini semasa dibawah Jose Mourinho.

Bukan itu sahaja, Solskjaer turut berjaya mengangkat semula prestasi beberapa pemain seperti Paul Pogba, Anthony Martial, dan Marcus Rashford dengan menjadikan pencetus kepada siri kemenangan United pada ketika ini.

Namun tidak untuk Sanchez. Menurut Shearer, beliau menilai pemain itu masih tidak ada perubahan dan terus gagal menunjukkan permainan yang terbaik seperti yang dimahukan oleh kelab dan para peminat.

“Impaknya sangat luar biasa. Seperti awan gelap yang besar sudah terangkat,” kata Shearer mengenai prestasi United.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 09: Alexis Sanchez of Man Utd during the Premier League match between Fulham FC and Manchester United at Craven Cottage on February 9, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Charlotte Wilson/Offside/Getty Images)

“Jika sebelum ini dia(Pogba) akan dijual, dan hampir seluruh pemain juga mengalami masalah, tetapi selepas Solskjaer, hampir setiap pemain berjaya menunjukkan peningkatan sekurang-kurangnya 20%.”

“Tetapi, sehingga kini tidak bagi Sanchez.” jelas Shearer.

Sanchez bergelut dengan prestasi tidak menentu dibawah Mourinho sejak pemain kebangsaan Chile itu berpindah dari Arsenal ke United pada Januari tahun lalu.

Nasib Sanchez di Old Trafford seperti masih tidak berubah meskipun kini dibimbing oleh Solskjaer.

Beliau kerap memanaskan bangku simpanan pasukan. 

Selepas pasukan mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah, Sanchez hanya berpeluang turun dalam tiga perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama dan hanya berjaya menjaringkan 1 gol ketika membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Arsenal pada pusingan keempat Piala FA Inggeris, 26 Januari lalu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN