Alan Shearer Akui Romelu Lukaku Dan Harry Kane Mampu Pecahkan Rekod Beliau

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Legenda England, Alan Shearer percaya dua penyerang prolifik di Liga Perdana Inggeris, Romelu Lukaku dan Harry Kane berkeupayaan untuk memecahkan rekod yang dicipta oleh beliau, sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sepanjang masa.

Penyerang antarabangsa England, Harry Kane berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan derbi ketika bertemu West Ham United pada Sabtu lalu.

Kane yang gagal menghasilkan sebarang jaringan pada tiga perlawanan terawal atau lebih tepat lagi pada bulan Ogos lalu berjaya menyumbatkan dua gol pada perlawanan bertemu Everton dan West Ham United untuk menjadikan 4 gol setakat ini berjaya diledakkan pemain Tottenham Hotspur ini.

Bagi bintang baru Manchester United, Romelu Lukaku kini sudah berjaya menghasilkan enam jaringan untuk bersama-sama dengan Sergio Aguero dan Alvaro Morata sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris selepas tamat enam perlawanan.

Alan Shearer
Newcastle’s Alan Shearer celebrates his goal against FC Dynamo Kiev, during their Champions League Group E match at St James’ Park. THIS PICTURE CAN ONLY BE USED WITHIN THE CONTEXT OF AN EDITORIAL FEATURE. NO WEBSITE/INTERNET USE UNLESS SITE IS REGISTERED WITH FOOTBALL ASSOCIATION PREMIER LEAGUE. (Photo by Owen Humphreys – PA Images/PA Images via Getty Images)

Pemain bernilai £75 juta itu turut berjaya menjaringkan satu gol untuk kemenangan tipis Manchester United keatas Southampton minggu lalu.

Perkembangan baik yang dijelmakan kedua-dua penyerang berkenaan membuatkan Alan Shearer percaya Lukaku dan Kane mampu untuk mengejar rekod yang diciptanya sebelum mereka berdua menamatkan karier di Liga Perdana Inggeris.

”Saya tidak menolak bahawa Romelu Lukaku berada dalam keadaan yang baik untuk menyamai jumlah yang saya cipta,” kata Shearer kepada The Sun.”

“Pada usia yang sama dengan Kane dia mempunyai lebih sembilan gol Liga Perdana berbanding Kane tetapi telah bermain lebih 70 perlawanan. Di sebuah kelab seperti Manchester United, dia akan mendapat peluang setiap perlawanan untuk menambahnya (jaringan).

”Satu permulaan yang hebat buat dia di Old Trafford dengan enam gol telah dihasilkan.”

”Dia telah memberikan kepada kelab apa yang mereka kurang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu penyerang yang berada di puncak permainannya.”

Sebagai rekod, Alan Shearer berjaya menghasilkan 260 gol sepanjang kariernya dalam Liga Perdana Inggeris ketika beraksi bersama Blackburn Rovers dan Newcastle United.

Sumber :

The Sports Review (2017) – http://www.thesportreview.com/tsr/2017/09/man-united-news-latest-romelu-lukaku-alan-shearer-record/

Kredit foto : Daily Mirror