Alami Koyak Otot Pinggul, Musim 2021 Haaland Kini Berakhir

Erling Haaland

Malang buat pemain Borussia Dortmund, Erling Haaland apabila beliau kini terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan serius baru-baru ini.

Pemain muda yang sering mencuri tumpuan dengan ketajaman di pintu gol dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggul.

Kali terakhir Haaland beraksi adalah pada perlawanan UEFA Champions League (UCL) menentang Ajax Amsterdam tempoh hari dimana mereka tumbang 4-0.

Dan beliau tidak dimasukkan dalam skuad perlawanan Dortmund ketika mereka menang ke atas Arminia Biefeld

Menurut laporan BILD, kecederaan yang dialami oleh Haaland ini dilihat serius selepas pemain itu dikatakan mengalami otot koyak di bahagian pinggul.

Ianya berlaku dibahagian fleksor pinggul (hip flexor) yang merupakan bahagian yang pernah Haaland alami kecederaan sebelum ini.

Kecederaan ini berlaku di bahagian yang sama Haaland hadapi sebelum ini, cuma di tempat yang sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Musim 2021 berakhir

Sebelum ini, pengurus Dortmund iaitu Marco Rose menafikan sebarang perkara mengenai kecederaan Haaland dengan memilih untuk berdiam diri.

“Saya bukanlah doktor, saya tidak mahu cakap apa-apa.”

“Haaland sedang kesakitan, ianya di bahagian yang sama tetapi tempat yang lain.”

Kecederaan yang dihadapi Haaland dilihat bakal menamatkan musim 2021 beliau dengan pemain itu hanya akan kembali beraksi pada 2022.

Sepanjang beberapa baki bulan 2021 ini, Haaland bakal terlepas beberapa perlawanan penting di peringkat kelab.

Antarannya adalah aksi menentang Sporting Club di UCL serta dua aksi penting di Bundesliga.

Dua aksi tersebut adalah ketika menentang RB Leipzig dan juga Bayern Munich yang dijangka bakal diadakan pada 7 November dan 4 Disember ini.

Kecederaan Haaland juga bakal menyukarkan Dortmund dalam misi mendapatkan kejuaraan liga, tetapi inilah masanya untuk Rose membuka jalan kepada pemain lain untuk mengisi kekosongan.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply