Al Sadd Restui Pemergian Xavi Untuk Sertai Barcelona

Xavi Hernandez

Kelab Qatar, Al Sadd kini telah merestui pemergian Xavi Hernandez untuk menyertai semula Barcelona sebagai pengurus.

Menurut Ketua Eksekutif Al Sadd, Turki Al-Ali, pemergian itu telah dipinta sendiri oleh Xavi untuk membantu kelab lamanya yang kini berada dalam keadaan haru-biru.

Kami tidak menghalang

Menurut Al-Ali, pihak Al Sadd tidak menghalang pemergian Xavi itu walaupun mereka menganggap beliau adalah sebahagian daripada sejarah kelab.

“Xavi memberitahu kami beberapa hari lepas yang beliau mahu pulang semula ke Barcelona pada waktu ini, hal ini disebabkan oleh keadaan kritikal yang berlaku di kelab kampung halamannya.”

“Kami memahami situasi itu dan tidak menghalang beliau [untuk sertai Barcelona]. Pengurusan Al Sadd juga bersetuju untuk melepaskan beliau selepas klausa perlepasan ditetapkan [oleh kedua-dua kelab].”

“Xavi adalah sejarah penting bagi kelab ini dan kami doakan beliau berjaya.”

Menurut wartawan Fabrizio Romano, segalanya telah pun dipersetuju antara kedua-dua kelab.

Kini yang tinggal adalah pengumuman sahaja dari Barcelona mengenai kepulangan semula Xavi.

Kepulangan semula Xavi dilihat keputusan popular yang dibuat oleh Barcelona dalam misi untuk mendapatkan semula sokongan penyokong.

Beliau dilihat sebagai legenda kelab yang popular dalam kalangan penyokong serta begitu memahami DNA permainan Barcelona.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply