Al-Ikhsan, RedONE Tampil Sebagai Penaja Melaka United

Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) hari ini mengumumkan bakal memeterai perjanjian tajaan jersi pasukan Melaka United bersama syarikat barangan sukan terkemuka negara, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial kelab yang menjadikan Melaka United pasukan pertama yang memperkenalkan penaja jersi pasukan untuk saingan Liga Malaysia pada musim 2020.

MUSA sebentar tadi turut mengumumkan syarikat telekomunikasi, RedONE Network Sdn Bhd turut akan menjadi rakan penaja rasmi Melaka United pada musim depan.

Berita ini sudah pasti amat dinanti oleh peminat Melaka United yang tertunggu-tunggu rekaan baharu jersi skuad Sang Kancil itu. Melaka United akan menggunakan jenama AL yang pernah menaja beberapa pasukan Liga-M lain seperti Perak, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan. Jersi Melaka United pada musim ini ditaja oleh Warrix, sebuah jenama dari negara jiran Thailand.

Melaka United di bawah pimpinan presiden baharu mereka, Damien Yeo Shen Li dilihat telah membuat banyak perubahan positif untuk pasukan itu. Terbaru beliau telah membawa isu kemudahan dan fasiliti pasukan yang dikatakan berada dalam keadaan teruk dan uzur ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Majlis menandatangani perjajanjian penajaaan di antara Melaka United dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat, 6 Disember 2019 jam 3.30 petang, bertempat di kedai Al-Ikhsan Mahkota Parade, Melaka.

Pemain-pemain baharu untuk musim depan yang telah diumumkan sebelum ini juga akan menandatangani kontrak dalam majlis berkenaan. Oleh yang demikian, MUSA menjemput semua penyokong bola sepak Melaka United untuk turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan, Melaka United telah pun mengesahkan penyertaan beberapa pemain baharu seperti Norazlan Razali, Ferris Danial, Khair Jones, Khairul Anwar, Nurridzuan Abu Hassan, Annas Rahmat serta dua pemain import iaitu Uche Agba dan Romel Morales.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN