Al-Ikhsan Lancarkan ‘Liverpool FC Champions Range’

Al-Ikhsan

Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports yang juga merupakan rakan niaga rasmi dan eksklusif bagi pasukan Liverpool, telah melancarkan koleksi juara: ‘Liverpool FC Champions Range’.

Kewujudan Liverpool FC Champions Range adalah sebagai tanda meraikan kejayaan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 yang mana The Reds telah menjulang trofi tersebut pada awal pagi tadi.

Antara barangan koleksi yang boleh didapati di Liverpool FC Champions Range itu ialah baju t-shirt, bendera, skaf, rantai kunci, cawan sebagai tanda memperingati detik bersejarah buat pertama kali sejak EPL mula diperkenalkan pada musim 1992/93.

Dalam perkembangan sama, Al-Ikhsan juga telah melancarkan ‘Liverpool FC Champions Tees’ dalam satu majlis yang diadakan di Football Republic Sunway Pyramid. T-Shirt kenangan itu boleh didapati dalam dua warna itu merah dan hitam.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dan Football Republic, Vach Pillutla.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah menjadi rakan niaga rasmi di Malaysia buat Liverpool FC pada April 2019.

Sejak daripada itu, para penyokong Liverpool di tanah air boleh mencari barangan eksklusif kelab tersebut seperti jersi, t-shirt, beg dan pelbagai barangan berkaitan The Reds di 45 cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic yang terpilih di seluruh negara.

Selain daripada boleh mendapatkan barangan Liverpool FC Champions Range serta Liverpool FC Champions Tees di outlet yang terpilih, para peminat juga boleh mendapatkan koleksi tersebut secara dalam talian di www.al-ikhsan.com.

Dapatkan barangan Liverpool kegemaran anda sekarang! Harga bermula RM29.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN