Al Hafiz Harun Tak Sangka Dapat Panggilan Wakil Harimau Malaya

Al Hafiz Harun

Pemain Penang, Al Hafiz Harun tidak menyangka namanya akan berada dalam skuad kebangsaan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Beliau yang sebelum ini mengalami kecederaan tidak menyangka Tan Cheng Hoe akan memanggil dirinya ke skuad Harimau Malaya berikutan penurunan prestasi.

Kata Al Hafiz, selepas mengalami kecederaan kecil di penghujung saingan Liga Super 2021, prestasinya mula menurun dan tidak berasakan bakatnya akan dipandang jurulatih skuad kebangsaan.

Tetapi selepas namanya diumumkan, Al Hafiz terus menukar fokusknya untuk memberikan yang terbaik sambil mengutip pengalaman dari pemain yang lebih arif beraksi untuk negara.

“Saya akan ambil peluang keemasan ini sebaiknya terutamanya pengalaman berlatih dengan pemain yang lebih handal.”

“Jujur saya katakan saya adalah pendatang baharu. Saya rasa bersyukur dan rendah diri dalam masa yang sama,” kata beliau menerusi BERNAMA.

Semangat Al Hafiz membara untuk menyumbang sesuatu yang positif kepada skuad negara menjelang pertemuan dengan Uzbekistan dan Jordan.

Bukan Al Hafiz seorang

Selain Al Hafiz, beliau turut ditemani oleh rakan sepasukan iaitu Quentin Cheng ke dalam skuad kebangsaan.

Quentin yang juga muka baharu yang dipanggil turut menarik perhatian Cheng Hoe turut beraksi cemerlang untuk Penang di bahagian pertahanan.

Selain Al Hafiz dan Quentin, terdapat empat lagi pemain lain yang pertama kali dipanggil untuk menyahut cabaran negara.

Kalamullah Al Hafiz (PJ City), Hakimi Abdullah (Terengganu), Shahrul Nazeem dan Mukhairi Ajmal (Selangor) adalah baki empat pemain baharu yang diserap ke skuad kebangsaan.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply