Aksi Pemain Gantian Bikin Dollah Salleh Kecewa

Kerjasama Semuanya BOLA

Dollah Salleh

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh tanpa berselindung mengakui aksi lima pemain yang dimasukkan pada separuh masa kedua menampakkan kepincangan sekali gus memberikan peluang buat Perak untuk mengikat skuad bimbingannya, malam tadi.

Pahang yang selesa mendahului Perak dengan kelebihan tiga gol pada 45 minit pertama terpaksa menelan kepahitan apabila pasukan tangga kedua CIMB Liga Super Malaysia 2020 itu mempamerkan kebangkitan dramatik untuk perlawanan berkesudahan dengan terikat 3-3.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu menyaksikan Dollah mengeluarkan Mohamad Faisal Abdul Halim, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, R. Dinesh, Ivan Carlos dan Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah ketika skuad bimbingannya sedang mendahului 3-1.

Lima pemain tersebut telah digantikan dengan Dickson Nwakaeme, Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra, S. Kumaahran, Muhammad Nur Izzat Che Awang dan Bunyamin Omar.

Namun, kelibat pemain gantian yang dibawa masuk nyata tidak menggembirakan pengendali berusia 56 tahun tersebut.

”Separuh masa pertama memang kita bermain baik, separuh masa kedua bukan kita tak jadi, bila lima pemain utama keluar dan pemain yang menggantikan mereka tidak dapat memainkan peranan yang dilakukan lima pemain yang keluar itu.”

”Jadi di situlah jadi puncanya kita hilang, dari mula kita menguasai permainan dalam separuh masa pertama, separuh masa kedua nampak saling melakukan serangan balas.”

”Bila Perak dapat menjaringkan gol pertama masih lagi kita dapat bermain, apabila Faisal Halim, Carlos, Nik Sharif, Dinesh keluar, dekat situlah permainan jadi kucar-kacir.”

”Dan itulah yang saya sedikit kecewa tetapi inilah dalam bola sepak, saya perlu menerima hakikatnya. Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati juga dengan permainan yang ditunjukkan oleh Pahang,” ujar Dollah kepada wartawan sebaik sahaja tamat perlawanan malam tadi.

Kredit featured image: Pahang FA

Baca artikel lain dari kami mengenai Dollah Salleh:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram