Aksi JDT-Guangzhou Evergrande Ditangguhkan

Perlawanan bagi aksi kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim serta kelab China, Guangzhou Evergrande telah pun ditangguhkan atas isu wabak korona yang kini melanda dunia.

Perlawanan yang sepatutnya dijadualkan pada 20 Mei 2020 itu telah ditangguhkan dan akan dibawa ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/

Keputusan ini telah pun dibuat oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mereka melakukan mesyuarat khas membincangkan isu ini baru-baru ini.

Tempoh hari, perlawanan kelayakan melibatkan Shanghai SIPG dan juga Buriram United diadakan di stadium tertutup tanpa kehadiran penyokong.

Hal ini kerana, berlakunya kebimbangan akan wabak itu untuk merebak terutamanya di lokasi yang terdapatnya ramai orang berkumpul pada satu-satu masa.

JDT diundi di dalam kumpulan G bersama-sama Guangzhou Evergrande (China), Vissel Kobe (Jepun) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN