Aksi Isco Menentang Itali Sungguh Luar Biasa – Marco Veratti

Marco Veratti

Pemain tengah Paris Saint-Germain yang mewakili Itali, Marco Veratti terkejut melihat aksi yang diperagakan oleh Isco ketika Sepanyol menumpaskan Itali 3-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 kelmarin.

Bintang tengah Real Madrid itu mempamerkan aksi yang memukau apabila berjaya menyumbang 2 gol buat Sepanyol pada perlawanan yang berlangsung di Santiago Bernabéu, Madrid itu.

Selain daripada 2 jaringan yang dihasilkan termasuk satu daripadanya terhasil menerusi sepakan percuma yang menarik, Isco mempamerkan aksi yang luar biasa sehingga membuatkan Veratti mengakui yang berasa begitu sukar untuk berhadapan dengan pemain berusia 25 tahun itu.

Namun aksi dari perlawanan itu yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila keupayaan Isco melakukan ‘nutmeg’ atau lebih mudah difahami dengan perkataan ‘ole’ terhadap Veratti yang membuatkan pemain Itali itu mengagumi beliau.

”Saya menderita apabila berhadapan dengan beliau,” kata Marco Veratti kepada media Sepanyol.

”Saya sangat terkejut apabila melihat persembahan yang ditampilkan beliau, malah Lionel Messi pun tidak mampu melakukan seperti tahap itu.”

Detik Veratti di ‘nutmeg’ oleh Isco turut mendapat perhatian dari jurulatih Itali, Giampiero Ventura yang mengaku beliau turut kagum dengan aksi pemain itu.

“Lihat sahaja ‘nutmeg’ itu di babak kedua, dia berada di tengah-tengah dua pemain dan dia melakukannya, ia menunjukkan bahawa dia seorang pemain yang hebat.

“Saya mengucapkan tahniah kepadanya dan saya mahu melompat dan memuji dia kerana saya suka melihat teknik seperti itu.”

Dibariskan sebagai trio serangan disamping rakan sepasukan di Madrid, Marco Asensio dan David Silva, Isco diberikan peluang beraksi sebagai ‘false nine’ dan kesanggupan untuk turun bagi membantu bahagian tengah memberikan kesukaran buat Verrati untuk melakukan tugasannya.

Kemenangan yang dirakamkan oleh Sepanyol ini meleburkan rekod tanpa kalah selama 11 tahun dalam mana-mana perlawanan peringkat kelayakan buat Itali.

Sepanyol berharap dapat mengukuhkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan G apabila akan menghadapi Liechtenstein pada Selasa, sementara Itali pula bakal melayani kunjungan Israel di Citta del Tricolore.

 

Sumber :

Squawka (2017) – http://www.squawka.com/news/verratti-not-even-lionel-messi-has-come-close-to-iscos-level-of-performance-vs-italy/987240#o5jYylYUdrJuUWH5.97

Metro (2017) – http://metro.co.uk/2017/09/03/marco-verratti-hails-isco-after-outrageous-performance-for-spain-against-italy-6899565/

Evening Standard (2017) – https://www.standard.co.uk/sport/football/spain-italy-isco-nutmeg-praised-marco-verratti-not-even-messi-comes-close-a3625816.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN