Aksi Billy Gilmour Buat Lampard Teruja

Pengurus Chelsea menganggap prestasi pemain muda Billy Gilmour sebagai amat menakjubkan, selepas pemain itu membantu Chelsea menyingkirkan Liverpool 2-0 di perlawanan pusingan kelima Piala FA pada awal pagi tadi.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu menampilkan permainan meyakinkan menentang The Reds selepas disenaraikan di dalam kesebelasan utama oleh Lampard.

Pemain itu kelihatan tidak kekok berhadapan dengan pemain yang jauh lebih berpengalaman seperti Fabinho, dan aksi pemain itu turut mendapat pujian Alan Shearer kerana keberaniannya mara ke hadapan – aspek yang tidak dimiliki oleh pemain di posisi sama, Jorginho.

“Ia adalah prestasi menakjubkan ditampilkan oleh seorang pemain muda menentang pasukan terbaik dunia,” kata Lampard.

“Ramai melihat beliau [Gilmour] kecil , tetapi pemain ini mempunyai personaliti yang besar.

“Permainnnya mengingatkan saya kepada pemain tengah pada zaman saya membesar dahulu.

“Mereka akan bertanya: ‘Mampukah anda melakukan terjahan?’, Ya, ‘Bolehkah anda mencari ruang untuk mendapatkan bola?’, Ya, ‘ bolehkah anda melakukan hantaran tepat dan melakukannya dengan mudah pada masa yang betul?’

“Ya, beliau mempunyai semua kebolehan untuk berbuat demikian.

“Saya memiliki kepercayaan penuh kepada beliau. Jika beliau kelihatan kerdil di atas padang, maka beliau mempunyai personaliti dan bakat yag besar.”

Pemain muda itu menyertai Chelsea daripada Rangers pada hari jadinya yang ke-16 pada 2017.

The Blues menemui bakat Gilmour 18 bulan sebelum itu, tetapi perlu membayar pampasan kepada Rangers yang berang kehilangan pemain berbakat besar itu.



Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply