Aksi Argentina vs Uruguay Di Tel Aviv Dibatalkan

Aksi persahabatan di antara Argentina dan Uruguay yang dijadualkan pada 18 November ini, di Tel Aviv telah dibatalkan.

Ini selepas berlaku pergolakan di wilayah tersebut membuatkan tiada jaminan keselematan untuk perlawanan tersebut berlangsung. Israel dalam  kenyataan mereka sedang melakukan operasi ketenteraan di sekitar Gaza Strip.

Pasukan kebangsaan Argentina yang sedang berada di Arab Saudi telah membatalkan penerbangan mereka ke Tel Aviv serta merta, beberapa hari yang lalu.

Ini sebaik sahaja mereka mendapat amaran keselamatan. Argentina berada di Arab Saudi untuk aksi superclasico yang menyaksikan Argentina menang 1-0 ke atas Brazil.

Lionel Messi menjadi penjaring gol kemenangan, selepas kepulangan semula daripada penggantungan 3 bulan.

Keadaan di Gaza menjadi tegang gara-gara tindakan tentera Israel yang menyerang dan membunuh pemimpin Bahaa Abu el-Atta, yang terkorban bersama dengan isteri. Anak-anaknya dipercayai cedera.

Beberapa acara sukan lain juga turut dibatalkan. Antaranya perlawanan di antara Maccabi Tel Aviv dan Hapoel Beer Sheva – dalam acara Liga Bola Keranjang Israel yang sepatutnya berlangsung pada 20 November ini.

Sebelum ini, Argentina dan Uruguay telah menetapkan perlawanan atarabangsa di Israel. Para peminat bola sepak di Tel Aviv sudah tak sabar mahu menyaksikan aksi Messi dan Suarez memimpin pasukan mereka di atas padang.

Argentina sepatutnya berhadapan dengan Paraguay di Bangladesh dalam aksi persahabatan. Namun menukarnya kepada aksi menentang Uruguay ini.

Aktivis Pro-Palestine sebelum ini sudah meminta agar Messi, Suarez dan rakan-rakan mereka tidak meneruskan perlawanan ini atas solidariti kepada kemanusiaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram