Akram Mahinan Positif Terima Kritikan, Tekad Bangkit Semula Bersama ‘The Hawks’

akram-mahinan-malaysia-2018

Pemain tengah baharu Kuala Lumpur, Akram Mahinan ketika dihubungi Semuanya BOLA menyatakan akan bangkit semula memperbaiki kekurangan dan bekerja kuat untuk musim 2020.

Ia berikutan, musim 2019 adalah satu musim yang sukar buatnya dengan prestasi tidak menentu PKNS FC serta kegagalan untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan, malah dikritik hebat oleh sebilangan penyokong Harimau Malaya.

Bersama PKNS FC, prestasi baik pada awal musim gagal diteruskan apabila mereka hanya menamatkan musim di kedudukan ke-9, walaupun pernah berada di kedudukan lima terbaik di pusingan pertama Liga Super. PKNS FC kemudian dijadikan feeder club buat Selangor, seterusnya berkubur terus daripada bola sepak negara.

Untuk skuad kebangsaan pula, Akram Mahinan dikritik hebat oleh penyokong kerana gaya permainannya yang kurang digemari oleh mereka dan akhirnya namanya telah tersisih dalam panggilan skuad kebangsaan untuk aksi kelayakan pada November lalu.

Akram Mahinan AFF 2018 Malaysia Vietnam
FOTO: AFF 2018

“Ya, agak sukar pada tahun ini dan saya masih positif untuk bekerja lebih kuat dan melihat semula permainan saya untuk memperbaiki [kekurangan] serta bersedia untuk tahun 2020,” ujarnya.

Ketika ditanyakan pendorong kuatnya ketika melalui fasa sukar dalam kariernya, pemain yang memiliki 26 penampilan bersama skuad kebangsaan itu menjelaskan, “Semestinya yang banyak membantu adalah keluarga, isteri dan juga rakan sepasukan.” 

Semuanya BOLA turut bertanya mengenai perasaannya selepas PKNS FC dijadikan Selangor II dan terpaksa beraksi di Liga Premier, pemain berusia 26 tahun itu meluahkan kekesalannya serta berkata betapa PKNS FC sangat menjaga kebajikan pemain-pemainnya.

“Sayang sekali, ia pasukan yang lama di Liga Malaysia. PKNS FC mempunyai tempat latihan yang boleh dikatakan lengkap. Dan mereka menjaga kebajikan pemain dan sangat professional.

Akram Mahinan
FOTO: PKNS FC

“Tidak semua kena angkat kaki [dari PKNS FC] dan ada juga yang masih tiada pasukan [hingga kini],” ujarnya mengenai status semua pemain-pemain Semut Merah yang bersama pasukan musim lalu.

Bercakap mengenai Kuala Lumpur, pemain tengah yang pernah menabur bakti di Harimau Muda, Johor Darul Ta’zim dan Kedah ini menjelaskan telah menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain, namun perancangan The Hawks dilihat lebih menarik.

“Ada satu, dua tawaran lain juga. Tetapi, saya pilih Kuala Lumpur kerana mereka sangat serius untuk mengambil saya dan memiliki perancangan yang baik untuk naik ke Liga Super,” jelasnya.

Sebelum menutup bicara, Akram Mahinan mengharapkan akan ada sinar di hujung terowong buatnya pada musim hadapan bersama Kuala Lumpur dan skuad kebangsaan serta dapat membantu The Hawks untuk kembali ke saingan Liga Super musim 2021.

Kredit Featured Image: Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN