Akmal Rizal, Hai-O Mahu Syafiq Ahmad Sebagai ‘Pembantu’ De Paula

Guilherme de Paula Syafiq Ahmad Malaysia UAE 2021

Ramai pemerhati bola sepak negara merasakan yang Guilherme de Paula tetap akan dipertaruhkan sebagai penyerang utama, namun Syafiq Ahmad masih diperlukan.

Walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan para penyokong, de Paula nampaknya masih mendapat kepercayaan bekas-bekas pemain serta pemerhati bola sepak negara selain pengendali, Tan Cheng Hoe yang masih menaruh kepercayaan terhadapnya.

Terbaharu, dua bekas penyerang Harimau Malaya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Hairuddin Omar dilihat percaya dengan kemampuan de Paula biarpun penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) itu gagal dalam penampilan sulungnya tempohari.

Dilihat hanya berlari anak sepanjang aksi berdepan UAE, gaya permainannya yang dikatakan ‘pemalas’ itu telah menerima kritikan pedas para penyokong. Beliau gagal mencipta bahaya kepada gawang gol UAE, boleh dikatakan sepanjang perlawanan.

Sebelum ini, lagenda bola sepak negara, Khalid Ali terlebih dahulu mempertahankan de Paula yang menurutnya tidak bermasalah. Jentera tengah adalah masalah terbesar skuad negara kerana gagal mengumpan lorongan kepadanya di depan gawang.

Sebagai penyerang targetman atau poacher, itulah gaya permainan de Paula sejak mula beraksi di Liga Malaysia. Kegagalan jentera tengah beroperasi seperti biasa menyebabkan de Paula hilang arah dan mungkin menyebabkannya ‘berjogging’.

Oleh itu, ketika ditemuramah oleh Astro Arena, Akmal Rizal merasakan yang de Paula memerlukan sokongan di jentera serangan dengan seorang lagi penyerang yang akan bertindak sebagai penyerang kedua di belakang de Paula iaitu Syafiq Ahmad.

Berdepan Vietnam, pemain negara harus beraksi lebih baik berbanding ketika tumbang 0-4 kepada UAE tempohari. Kemasukkan Syafiq Ahmad di babak kedua aksi tersebut memperlihatkan skuad negara kembali dengan pressing yang jelas sedikit lebih baik.

Malaysia UAE statistik PPDA Mat Stats
FOTO: Mat Stats/Astro Arena

Berdasarkan statistik daripada pengulas Astro Arena, Keesh Sundaresan, selepas kemasukkan Syafiq Ahmad, skuad negara telah memperbaiki isu pressing di mana kita berjaya merampas semula kawalan bola lebih cepat berbanding di babak pertama.

Ujar Akmal Rizal, “Jika de Paula masih diturunkan sebagai penyerang utama, saya ingin melihat Syafiq Ahmad diturunkan sebagai penyerang kedua [berdepan Vietnam]. Beliau adalah pemain yang mobile, boleh bergerak bebas di belakang penyerang.”

“Dan apabila bola dapat kepada de Paula, kita akan ada pemain lain iaitu Syafiq Ahmad untuk bermain satu dua atau apabila hantaran lintang dilakukan, tidak hanya de Paula berada dalam kotak penalti,” tambahnya yang memiliki 22 kaps antarabangsa.

Menurut Hairuddin Omar atau mesra disapa Hai-O, “Memang idea saya juga begitu. Saya harap Syafiq Ahmad berada lebih dekat dengan de Paula. Saya masih percaya kepadanya. Dari segi fizikal dan karekter, dia boleh menjadi penyerang yang baik.”

“Kita harap Brendan Gan yang akan dimasukkan kembali bersama Azam [Azih] untuk mencatur di bahagian tengah dan akan dibantu oleh Syafiq di bahagian hadapan,” ungkapnya lagi mengenai percaturannya untuk menggugat Vietnam nanti.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Tekad Benam Vietnam, Tan Cheng Hoe Yakin Pengalaman De Paula Mampu Bantu Pasukan

Kalah Kepada UAE, Pemain-Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya ‘Bersuara’

Perlu Bagi Lebih Ruang Buat Liridon Krasniqi Dan De Paula?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply