Akiro Nishino Terus Kemudi Thailand Hingga 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Jaguh bola sepak Asia Tenggara, Thailand telah mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat ketua jurulatih mereka iaitu Akira Nishino sehingga tahun 2022.

Jurulatih dari Jepun itu telah menandatangani lanjutan kontrak untuk terus mengemudi skuad kebangsaan Thailand untuk lanjutan dua tahun lagi dan ianya telah disahkan dalam satu majlis khas dibuat oleh FA Thailand.

Dalam kenyataan rasmi FA Thailand, mereka menzahirkan rasa puas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Nishino dalam memastikan kualiti bola sepak Thailand sentiasa di tahap yang tertinggi.

“Sepanjang bekerja dengan Akira Nishino, kami nampak kesungguhan beliau dalam meletakkan asas dan membangunkan skuad senior kebangsaan dan juga skuad B-23 Thailand.”

“Beliau bukan sahaja membangunkan skuad B-23 Thailand, tetapi turut membangunkan sistem kejurulatihan di negara ini yang sebenarnya baik untuk negara ini.”

Lanjutan kontrak itu turut bermakna Nishino akan terus menjadi jurulatih bagi skuad B-23 negara yang turut disandang beliau.

“Lanjutan kontrak ini bukanlah bermakna kami hanya mahu berkerja dengan beliau untuk dua tahun lagi sahaja. Sebaliknya, jika kami berjaya bekerja dengan efektif untuk kebaikan hari esok maka kami bersedia menyambung kontraknya.”