Akibat ‘Nafsu Kuda’, Benjamin Mendy Ditahan Polis Kerana 4 Tuduhan Rogol

Benjamin Mendy Manchester CIty

Manchester City mengesahkan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara pemainnya, Benjamin Mendy selepas ditahan oleh pihak polis di atas empat tuduhan rogol dan satu tuduhan serangan seksual.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, kelab tersebut menjelaskan perkara berkenaan tertakluk kepada proses undang-undang dan pihaknya tidak akan memberikan komen lanjut sehingga proses siasatan polis selesai.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS), insiden tersebut berlaku di antara Oktober 2020 dan 21 Ogos melibatkan tiga pengadu berusia lebih 16 tahun.

CPS telah memberi kuasa kepada Cheshire Constabulary untuk mendakwa bek kiri Perancis berusia 27 tahun itu.

“Mendy, dari Withinlee Road, Prestbury, telah direman dalam tahanan polis dan akan hadir di Mahkamah Majistret Chester pada hari ini,” ujar kenyataan polis.

“Cheshire Constabulary dan CPS ingin mengingatkan semua orang bahawa prosiding jenayah terhadap Mendy dijalankan dan bahawa dia mempunyai hak untuk perbicaraan yang adil.

“Adalah sangat penting bahawa tidak ada pelaporan, komen atau perkongsian maklumat dalam talian yang dengan cara apa pun boleh menjejaskan proses yang sedang berjalan.”

Mendy merupakan salah satu pembelian mewah The Citizens selepas tiba dari Monaco pada Julai 2017 dengan nilai £52 juta, namun gagal mencipta impak yang diharapkan di Etihad.

Setakat ini beliau telah membuat 75 penampilan untuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply