‘Akhirnya Terukir Senyuman Di Wajahnya’ – Menantikan Kemunculan ‘Bale Baharu’

Kerjasama Semuanya BOLA

Gareth Bale Tottenham Hotspur

Sejak kembali menyertai Tottenham Hotspur secara pinjaman dari Real Madrid, Gareth Bale masih belum membuat sebarang penampilan kerana disebabkan kecederaan lutut yang dialaminya pada awal September lalu.

Bagaimanapun pengurus Spurs, Jose Mourinho dalam sidang medianya pada Jumaat mengesahkan penyerang Wales tersebut dilaporkan telah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan menentang West Ham United pada Ahad.

Bale baru-baru ini menolak untuk disenaraikan bagi tugasan antarabangsa bersama pasukan negaranya bagi memastikan beliau dapat rehat yang cukup bagi membantu pemulihan kecergasannya.

Beliau kini bekerja keras untuk membolehkan beliau beraksi dalam perlawanan pada hujung minggu ini mahupun perlawanan Liga Europa menentang LASK pada Khamis.

“Sudah tentu dia mahu main,” ujar Mourinho. Dia memang nak main sejak hari pertama tiba di sini, tetapi tak mungkinlah saya benarkan.

“Saya tak boleh beritahu sama ada dia akan bermain [pada Ahad], tapi apa yang saya boleh cakap memang dia sedang berusaha untuk mengembalikan kecergasannya selepas agak lama tidak beraksi.”

Dalam media sosial Tottenham, terdapat beberapa keratan video yang menunjukkan seolah-olah Bale sangat gembira apabila dapat kembali ke pasukan lamanya.

Kini penyokong Tottenham Hotspur tidak sabar untuk menantikan kemunculan Bale di atas padang, namun persoalannya di manakah posisi terbaik untuk beliau beraksi?

Ketika di Santiago Bernabeu, tempat terbaiknya adalah di sayap kanan terutamanya dalam membentuk trio serangn BBC bersama Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo.

“Antara perkara penting yang saya akan tanya kepada setiap pemain, adalah apa posisi kegemaran mereka kerana bagi saya bukan hanya pasukan sahaja penting, tetapi moral motivasi pemain juga.

“Dia telah pun beritahu saya di mana dia suka bermain, tetapi adakah dia akan sentiasa beraksi di posisi itu? Tidak, kerana keutamaan adalah pasukan dan dia akan main di mana yang pasukan perlukan.

Mourinho sempat memuji pengerusi kelab, Daniel Levy yang baginya telah menjalankan tugasnya dengan sangat baik sepanjang tempoh perpindahan musim pas ini.

Selain Bale, Spurs juga telah berjaya membawa masuk Sergio Reguilon, Matt Doherty, Pierre Emile-Hojbjerg, Joe Hart, Carlon Vinicius dan yang terbaharu pemain pertahanan Wales, Joe Rodon.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Tottenham Hotspur dan Gereth Bale:

Redknapp: Spurs Perlukan Sentuhan Magis Bale

Christian Eriksen: Keputusan Yang Baik Tinggalkan Spurs Dan Sertai Inter

Hanya Sekali Gareth Bale-Harry Kane Pernah Main Bersama Pada 2011, Bagaimana Kini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram