Dapat Terlalu Banyak Sepakan Penjuru, Akaun Twitter Leeds United ‘Troll’ Pasukan Sendiri

Leeds United sudah lama mengharungi zaman gelap mereka sejak jatuh dari Premier League.

Namun sejak akhir-akhir ini, seperti cahaya kejayaan kembali datang kepada mereka.

Pertama adalah pemilik kelab yang cukup dibenci oleh peminat Leeds United, Massimo Cellino telah menjual 50% dari pegangan beliau di kelab tersebut.

Ini memberikan sinar harapan untuk Leeds United untuk dapatkan pemilik yang lebih baik di masa akan datang.

Selain itu, kehadiran Gary Monk berjaya melonjakkan prestasi Leeds United. Kini mereka sedang berada ditangga ke-3 liga EFL Championship – rekod terbaik untuk sekian lamanya.

Hilang bola tapi dominan

Dalam perlawanan terakhir mereka menentang Derby County. Leeds United berjaya mengutip sekali lagi 3 mata berharga untuk terus mengejar Newcastle United dan Brighton & Hove Albion di tangga 2 teratas English Championship.

Bermain di tempat sendiri, Leeds United bagaimana pun tidak dominan dari segi pengusaan bola dalam perlawanan yang dikata. Hal ini kerana, mereka hanya menguasai hanya 48% peratus sahaja penguasaan bola berbanding Derby County yang mengusai 52% penguasaan bola.

Namun begitu, Leeds United ternyata terlalu dominan dari segi percubaan. Hal ini kerana pasukan tuan rumah berjaya menghasilkan 21 percubaan sementara Derby County hanya mencipta 6 percubaan sahaja.

Ia mendorong kepada Leeds United menghasilkan 8 percubaan tepat ke arah pintu gol sementara hanya 1 percubaan tepat ke arah pintu gol untuk pasukan pelawat.

Walaupun begitu, hanya 1 gol sahaja yang terhasil dalam perlawanan tersebut.

Jaringan Chris Wood dari situasi sepakan penjuru pada minit ke-45 berjaya memberikan 3 mata untuk pasukan tuan rumah.

Namun begitu Derby County terpaksa menghabiskan perlawanan dengan 10 pemain selepas Bradley Johnson dibuang padang pada minit-minit akhir perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua.

502 sepakan penjuru

Apa yang mencuri perhatian adalah tindakan penjaga akaun Twitter Leeds United yang melakukan troll terhadap kelab mereka sendiri!

Semuanya berpunca kerana pasukan mereka mempunyai terlalu banyak sepakan penjuru dalam perlawanan tersebut.

Ia bermula ketika diminit-minit akhir perlawanan, Leeds United mendapat sepakan penjuru sebanyak 2 kali. Jadi ia mendorong penjaga akaun Leeds United untuk tweet sebegini:

Dan perkara itu berjangkit pula di dalam statistik perlawanan kedua-dua pasukan. Masih dengan jumlah 502 sepakan penjuru!

Jadi, penulis perlu ke laman sesawang yang lain untuk mencari jumlah sepakan penjuru yang sebenar. Dan jumlahnya hanya 16 sahaja!

Leeds United kini ditangga ke-3 liga dengan 48 mata. Harapan penulis agar Leeds United naik semula ke Premier League kerana sudah lama tidak melihat aksi mereka di liga tertinggi England.

Baca juga: Kecewa Dengan Rekaan Jersi, Penyokong Pulau Pinang Lancar Petisyen Khas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN