Akademi Liverpool Jadi Gedung Mewah Jual Bakat Muda

Karier Harry Wilson bersama Liverpool hanya berdurasi 115 minit di dua pertandingan domestik. Pemain sayap Wales itu dianggap tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki untuk terus kekal di Anfield, tetapi tidak ada apa yang dimalukan dengan hakikat itu.

Ini kerana standard yang ditetapkan di Liverpool amat tinggi. Apatah lagi jika anda memiliki pemain dengan kualiti seperti Sadio Mane dan Mohamed Salah di posisi tersebut.

Perpindahan ke Fulham

Perpindahan £12 juta Wilson ke Fulham dari Anfield dianggap munasabah bagi semua pihak terlibat. Baru berusia 24 tahun, Wilson boleh menjadi aset besar untuk kelab London itu dalam usaha memenangi kembali promosi ke Premier League pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya Wilson akan mendapat lebih banyak minit beraksi seperti yang pemain itu mahukan. Bagi Liverpool, perpindahan itu adalah satu lagi kejayaan kelab dalam membentuk akademi bola sepak yang semakin berkembang.

Termasuk £5 juta yang diperolehi sebagai bayaran perjanjan pinjaman sebelum ini, Liverpool sebenarnya sudah menjana £17 juta daripada Wilson sahaja. Nilai tersebut sudah menguntungkan berbanding modal yang dieluarkan untuk membangnkan seorang pemain. Mengapa penjualan pemain seperti Wilson masih dianggap berjaya bagi Liverpool?

Objektif sebenar Pengarah akademi bola sepak Liverpool, Alex Inglethorpe dan barisan jurulatih sebenarnya masih kekal, iaitu untuk menghasilkan seramai mungkin bakat muda untuk skuad utama yang dikemudi oleh Jurge Klopp. Namun tidak ramai yang berjaya melakukannya. Setakat ini, nama-nama seperti Curtis Jones, Neco Williams, Rhys Williams dan Caoimhin Kelleher adalah antara yang paling hampir untuk mengikut jejak langkah Trent Alexander-Arnold.

Gilap dan jual

Tetapi selain itu, kemampuan untuk mengembangkan pemain ke tahap sehingga anda boleh mendapatkan bayaran yang besar bagi mereka yang tidak mempunyai masa depan di Anfield juga merupakan bahagian penting dalam strategi Liverpool.

Menurut The Athletic, sehingga kini Liverpool sudah pun menjana tidak kurang dari £120 juta hasil penjualan bakat muda ke merata kelab sejak lima tahun yang lalu. Ini tidak termasuk penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona yang layak berada di dalam senarai ini. Ia masih lagi bisnes yang dianggap menguntungkan di dalam industri bola sepak.

Model yang dipraktikkan Liverpool ini tidak hanya terbatas kepada pemain yang dibina sejak usia lapan atau sembilan tahun. Ia juga melibatkan bakat muda berpotensi dari seluruh eropah yang masih berada di tahap pembangunan, dibawa ke Anfield untuk digilap sebelum dijual untuk mendapatkan keuntungan.

Berikut adalah antara pemain-pemain yang pernah dibentuk oleh Liverpool sebelum dijual untuk meraih keuntungan:

Ki-Jana Hoever ke Wolves (£13.50 juta)

Ki dilihat sebagai salah seorang pemain berpotensi untuk menyinar pada masa hadapan. Tetapi pada usia 18 tahun, dan tanpa sebarang penampilan bersama skuad senior, beliau dijual pada harga £13 juta.

Ia nilai yang berbaloi. Penjualan Ki juga membuka laluan untuk pembelian Diego Jota pada musim lalu.

Dominic Solanke to Bournemouth (£20 juta)

Keuntungan bagi Liverpool, kerugian bagi Bournemouth? Dari 27 penampilan untuk Liverpool, Solanke hanya mampu menjaringkan 1 gol. Tetapi bagaimana mereka boleh meyakinkan Bournemouth untuk membeli pemain itu pada nilai £20 juta?

Dan bersama kelab baharunya, Solanke hanya mampu menjaringkan 5 gol dari 50 penampilan. Musim lalu Solanke gagal membantu pasukannya dari tersingkir dari Premier League. Ia pasti pembelian yang membuatan Eddie Howe menyesal.

Danny Ward to Leicester (£12.60m)

Danny Ward adalah penjaga gol muda berpotensi besar dan berusia 18 ketika tiba di Anfield

Selepas tampil dalam tiga perlawanan bersama skuad senior Liverpool, The Reds kemudiannya menjual pemain Wales ini kepada Leicester City.

Pemain itu tampil hanya 10 kali sepanjang tempoh dua tahun untuk The Foxes. Ini bermakna Leicester terpaksa membayar £1.26 juta untuk setiap pelawanan di mana Ward beraksi.

Philippe Coutinho to Barcelona (£130.50 juta)

Philippe Coutinho tiba di Anfield pada usia 21 tahun dan dianggap sebagai salah seorang bakat muda generasi baharu dari Brazil yang mahu mencipta nama di Eropah.

Coutinho adalah pemain ketiga termahal sepanjang zaman apabila dilepaskan Liverpool. Barcelona terpaksa membayar sebanyak £146 juta termasuk semua add-ons.

Di Liverpool, Coutinho telah dibentuk menjadi seorang playmaker luar biasa. Penjualannya pula membenarkan Liverpool membeli Alisson Becker dan Virgil van Dijk – dua pemain penting yang membina pasukan Liverpool pada hari ini.

 

Joe Allen to Stoke City (£13.95 juta)

Cemerlang bersama Swansea pada musim sebelumnya, Joe Allen yang berusia 22 tahun pada ketika itu menyertai Liverpool pada musim 2012/13.

Selepas empat musim dengan prestasi sekadar ‘biasa-biasa’ di Anfield, dan Allen sekadar berada di dalam skuad, Liverpool akhirnya berjaya meraih kembali £14 juta dari pelaburan asal £15 juta yang dibayar kepada Swansea untuk mendapatkan pemain antarabsangsa Wales itu pada 2012. Bagi pihak Liverpool, ia adalah urusniaga yang hebat!

Jordon Ibe to Bournemouth (£16.20 juta)

Sepanjang 58 penampilan untuk Liverpool, Ibe hanya menjaringkan 4 gol. Bournemouth bagaimana pun diyakinkan untuk membayar nilai rekod kelab untuk pemain sayap tersebut pada 2016.

Ibe hanya menjaringkan 5 gol dari 92 perlawanan untuk The Cherries, dan tidak pernah belajar dari kesilapan ketika membawa masuk Solanke dari Liverpool selepas itu.

Rhian Brewster (£23.5 juta)

Bakat Brewster mulai menjadi perhatian apabila membantu England muncul juara Piala Dunia B-17. Namun perkembangan beliau di Liverpool sangat terhad jika dibandingkan dengan bekas rakan  sepasukan England yang lain seperti Phil Foden dan Jadon Sancho.

Terpaksa bersaing dengan pemain seperti  Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane, Takumi Minamino dan Diogo Jota, Liverpool terpaksa membenarkan pemain itu menyertai Sheffield United.

Namun untuk £23.5 juta berserta klausa beli balik (dalam tempoh 3 tahun) dan 15% pendapatan jika Sheffield United menjual Brewster ke kelab lain, ia adalah urusniaga yang hebat dari Liverpool mengambil kira Brewster belum ada pengalaman bola sepak di peringkat tertinggi.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply