Adakah Akademi La Masia Kini Sudah Hilang Taringnya?

La Masia, sebuah akademi bola sepak terulung dunia yang melahirkan pelbagai pemain-pemain berkualiti.

Mereka menjadi antara akademi yang sering tumpuan ramai selain akademi bola sepak Ajax Amsterdam, dan siapa yang lahir dari akademi tersebut pastinya menjadi rebutan mana-mana pasukan sekiranya mereka tidak berjaya memasuki pasukan utama Barcelona.

Tetapi adakah La Masia kini sudah menemui titik kejatuhannya?

Gerard Pique sudah merasakan tekanannya apabila beliau merasakan Barcelona kini sudah berada dibelakang musuh utama – Real Madrid.

Jadi adakah La Masia juga begitu?

Menurut kajian Sky Sports, sejak 2012 hanya 7 sahaja pemain yang dinaikkan dari La Masia ke skuad utama Barcelona.

Daripada 7 pemain itu, hanya 3 pemain sahaja yang berjaya menikmati pengalaman menjadi kesebelasan utama pasukan tersebut:

  • Munir El Haddadi – 15 kali sebagai kesebelasan utama, 1308 minit permainan
  • Sandro Ramirez – 4 kali sebagai kesebelasan utama, 491 minit permainan
  • Jordi Masip – 1 kali sebagai kesebelasan utama, 90 minit permainan
  • Carlos Alena – 0 kali sebagai kesebelasan utama, 40 minit permainan
  • Sergi Samper – 0 kali sebagai kesebelasan utama, 29 minit permainan
  • Adama Traore – 0 kali sebagai kesebelasan utama, 7 minit permainan
  • Jean Marie Dongu – o kali sebagai kesebelasa utama – minit permainan

Kini, 3 pemain yang pernah mendapat pengalaman sebagai pemain kesebelasan utama yang kami sebutkan tadi semuanya tidak beraksi untuk Barcelona.

Munir kini di Valencia sebagai pemain pinjaman sementara Sandro pula membawa diri ke Everton.

Masip pula telah meninggalkan Barcelona untuk membawa diri ke Real Valladolid.

Apa yang berlaku ini jelas membuktikan Barcelona mensia-siakan bakat La Masia mereka.

Sama ada kerana mereka tidak cukup bagus untuk pasukan Barcelona atau pihak atasan kelab telah menukar polisi untuk mendapatkan pemain yang boleh dikatakan sudah siap (finished article) – itu menjadi tanda tanya.

Ia begitu jelas berbeza dengan situasi di Real Madrid. Kelab itu telah memberikan peluang kepada 10 pemain muda mereka untuk beraksi dengan pasukan utama sejak 2012:

  • Dani Carvajal – 92 kali sebagai kesebelasan utama – 8341 minit permainan
  • Lucas Vazquez – 22 kali sebagai kesebelasan utama – 2638 minit permainan
  • Borja – 3 kali sebagai kesebelasan utama – 282 minit permainan
  • Mariano – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 115 minit permainan
  • Marcos Llorente – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 23 minit permainan
  • Diego Llorente – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 22 minit permainan
  • Alvaro Medran – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 17 minit permainan
  • Omar Mascarell – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 9 minit permainan
  • Alvaro Tejero – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 2 minit permainan
  • Jose Rodriguez – 0 kali sebagai kesebelasan utama – 1 minit permainan

Namun begitu, masalah ini tidak berlaku bagi pemain La Masia yang naik ke skuad utama Barcelona sahaja.

Malah ia berlaku pada skuad Barcelona B juga!

Menurut rekod, 4 daripada 6 pemain utama skuad Barcelona B adalah pemain yang dibeli dari pasukan lain:

  • Jesus Alfaro – dibeli dari Alcoyana (berasal dari akademi Sevilla)
  • Fali – dipinjam dari Gimnastic Taragona (berasal dari akademi Valencia)
  • Xemi Fernandez – dibeli dari Cornella (berasal dari akademi Damm)
  • Alberto Perea – dibeli dari Olot (berasal dari akademi Albacete)

Hanya Sergi Palencia dan Jose Aurelio Suarez  merupakan produk La Masia yang memperoleh penampilan yang terbanyak bersama Barcelona B.

Itu pun kini, Suarez kini beraksi untuk Girona.

3 pemain yang kami senaraikan bagaimana pun masih beraksi untuk Barcelona B dengan Xemi Fernandez kini berada bersama pasukan Oxford United.

Xemi Fernandez merupakan pemain Barcelona B yang kini beraksi untuk Oxford United.

Jadi, adakah La Masia sudah ketandusan prospek pemain muda yang berkualiti yang boleh mencabar tempat untuk ke skuad utama Barcelona?

Atau adakah skuad utama Barcelona masih terlalu bergantung harap kepada pemain seperti Lionel Messi, Andres Iniesta dan Gerard Pique sehingga mereka merasakan belum lagi masanya untuk mencari pengganti mereka?

Hanya pihak atasan Barcelona sahaja yang mengetahuinya.

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Issues at La Masia: Is Barcelona’s famous academy still delivering?; http://www.skysports.com/football/news/11827/11010090/issues-at-la-masia-is-barcelonas-famous-academy-still-delivering

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN