Akademi Anuar Abu Bakar-Majlis Bandaraya Shah Alam Juara Sulung Selangor Grassroots League 2017

Kejohanan Selangor Grassroots League 2017 (SGL 2017) menutup tirainya semalam apabila pasukan ‘A’ akademi kendalian bekas pemain Selangor, Anuar Abu Bakar bersama Majlis Bandaraya Shah Alam, AAB-MBSA muncul juara selepas menewaskan akademi Putra Kids FC (PKFC) 1-0 dalam perlawanan akhir.

Manakala Kuala Langat dan pasukan ‘B’ AAB MBSA masing-masing berada di tempat ketiga setelah masing-masing tewas di peringkat separuh akhir. Mustaqim Hajeekirn Mohd Haikal (PKFC) pula dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan.

Bermula sejak Mac 2017 lepas, SGL 2017 disertai oleh 18 pasukan bawah-12 akademi–akademi bolasepak persendirian sekitar Selangor.

SGL 2017 merupakan edisi sulung SGL. Biarpun baru diasaskan hasil ilham Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, ia mendapat respon yang positif dan baik daripada jurulatih-jurulatih akar umbi dan juga para ibu bapa pemain yang terlibat.

Dalam perlawanan akhir SGL 2017 yang diadakan di Padang SUK Shah Alam kelmarin, lebih 500 hadirin datang memberi sokongan kepada pasukan bertanding dan memeriahkan suasana.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali dan barisan pemain-pemain PKNS FC. Kehadiran mereka nyata memberi semangat dan inspirasi kepada pemain-pemain cilik ini dalam usaha untuk menjadi pelapis mereka pada satu hari nanti.

Turut berangkat menyaksikan perlawanan akhir kelmarin adalah DYTM Tengku Amir Shah Alhaj, Raja Muda Selangor yang menyampaikan hadiah berupa, pingat dan wang tunai berjumlah RM6,350 kepada para pemenang.

Secara keseluruhannya, Selangor Youth Community (SAY) melalui Football Selangor telah melakukan tugasan yang sempurna dalam memastikan sukan bola sepak negara terus maju dengan mewujudkan SGL dan berharap ianya akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Keputusan penuh Pusingan Kalah Mati SGL2017

Suku Akhir

AAB MBSA A (8) – (1) Young Guns
Genpro (1) – (1) AAB MBSA B (AAB MBSA B menang sepakan penalti 3-2)
Putra Kids FC (3) – (1) Soccer Ace
Kuala Langat Jr (2) – (0) Tunas Lagenda

Separuh Akhir

AAB MBSA A (2) – (1) Kuala Langat Jr
Putra Kids FC (3) – (0) AAB MBSA B

Perlawanan Akhir

AAB MBSA A (1) – (0) Putra Kids FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN