Aji Santoso Sifatkan Bambang Pamungkas Teladan Terbaik Buat Pemain Bola Sepak Indonesia

Bambang Pamungkas

Jurulatih Persebaya Surabaya, Aji Santoso menyifatkan sikap positif yang dipamerkan Bambang Pamungkas menjadikannya sebagai teladan terbaik buat semua pemain bola sepak di Indonesia.

Seperti dilaporkan pagi tadi, pemain yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Bepe’ itu akan menamatkan karier gemilang beliau dalam bola sepak.

Bambang Pamungkas Bakal Akhiri Karier Gemilang Bersama Persija Jakarta

”Saya melihat Bambang Pamungkas adalah seorang yang bijak dalam mengatur dirinya. Dia juga sangat profesional dalam menjalani karier sebagai pemain bola sepak.”

”Pada masa kini, kita juga sangat jarang untuk melihat seorang pemain senior yang kurang beraksi tetapi tetap memberikan dukungan buat pemain muda,” ujar Aji Santoso bercakap kepada media Indonesia, Bolalob.

Aji Santoso. Kredit foto: Bolasport

”Seharusnya Bambang Pamungkas menjadi teladan buat pemain bola sepak yang lain. Bagaimana sikapnya, baik di dalam mahupun luar padang.”

”Saya menghormatinya, sebagai ‘junior’ saya ketika di skuad kebangsaan Indonesia, mudah-mudahan dia berjaya selepas tidak lagi menjadi pemain bola sepak.”

”Bepe adalah teladan bagi kami di dalam dan luar padang. Meliputi segala hal, pada pandangan saya, dia memang patut menjadi contoh.”

Aksi menentang Persebaya di Gelora Bung Karno yang berkesudahan dengan keputusan 2-1 memihak kelab dari Surabaya itu sebentar tadi menjadi aksi terakhir penyerang berusia 39 tahun tersebut di hadapan puluhan ribu penyokong setia Persija Jakarta.

Bambang Pamungkas masuk selaku pemain gantian pada minit ke-76 bagi menggantikan Riko Simanjuntak. Sejurus dimasukkan, lilitan kapten yang sebelum itu dipakai penjaga gol, Andritany Ardhiyasa terus diberikan kepadanya.

Kredit foto: Bambang Pamungkas 20

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN