Ajax Amsterdam Setuju Lepaskan Hakim Ziyech Kepada Chelsea

Hakim Ziyech

Kelab Belanda, Ajax Amsterdam dilaporkan telah bersetuju untuk lepaskan pemain tengah mereka iaitu Hakim Ziyech kepada Chelsea.

Menurut laporan BBC Sport, kelab Belanda itu telah bersetuju untuk melepaskan Ziyech kepada pasukan Premier League itu dengan nilai perpindahan sebanyak £33.3 juta.

Nilai perpindahan itu dijangka akan meningkat kepada £36.6 juta apabila ianya melibatkan terma-terma peribadi antara Ziyech dengan Chelse.a.

Sekiranya perpindahan ini berjaya direalisasikan secara sepenuhnya, Ziyech bakal menjadi pemain pertama dimiliki oleh Frank Lampard selepas kelab itu beban dari sebarang sekatan perpindahan yang dihadapi kelab sebelum ini.

Ajax Amsterdam dikatakan tidak berminat untuk melepaskan Ziyech pada mulanya, hal ini kerana mereka kini sedang dalam misi mengejar kejuaraan sebagai juara Belanda.

Sebelum ini Ziyech merupakan prospek muda yang cukup hangat di Belanda dan dijangka akan menjadi bintang utama dunia.

Namun begitu, dengan kemunculan Matthias De Ligt dan Frenkie De Jong yang lebih menyerlah seolah-olah meneggelamkan perhatian kepada Ziyech.

Hasilnya, De Ligt dan De Jong lebih awal meninggalkan Ajax Amsterdam dengan masing-masing menyertai Juventus dan Barcelona.

Kini, sudah tiba masa untuk Ziyech menerima perpindahan besar yang beliau berhak terima selama ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram