Aidil Zafuan: “Keputusan MFL Sambung Liga Baik Untuk Harimau Malaya”

Aidil Zafuan

Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Aidil Zafuan memuji usaha yang cuba dijalankan oleh Malaysian Football League (MFL) dalam memastikan saingan Liga Malaysia dapat disambung semula.

Hal ini kerana beliau berkata, setiap usaha yang cuba dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan saingan liga terus berjalan amatlah dihargai oleh Aidil yang juga pertahanan Johor Darul Ta’zim itu.

“Apabila saya tengok pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh ramai pihak termasuk MFL untuk kita teruskan juga liga, memang ia satu usaha yang bagus apatah lagi kepada kami sendiri sebagai pemain yang semestinya ingin terus beraksi.”

“Walaubagaimanapun, kesihatan dan keselamatan masih perlu diutamakan dan saya juga sebagai pemain tidak boleh mementingkan diri sendiri dan banyak aspek yang perlu dilihat untuk memastikan liga terus berlangsung.”

Tambah Aidil lagi, usaha MFL itu akan memberikan nilai tambah kepada skuad kebangsaan dalam usaha mereka mara ke Piala Asia.

“Sebelum ini pun saya ada baca komen daripada jurulatih (Tan Cheng Hoe) yang mengatakan Liga Malaysia memang akan membantu skuad kebangsaan untuk pasukan mendapatkan momentum terbaik selain kesan yang kami akan terima seandainya liga tidak dapat diteruskan.”

Bagi pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad, beliau juga menyambut baik perancangan MFL untuk memastikan saingan liga disambung semula.

Bagi Shahrul, walaupun Tan Cheng Hoe mengatakan akan mengekalkan skuad yang sedia ada untuk skuad negara, tetapi beliau berasakan kedudukannya masih belum selamat.

“Kali terakhir tahun lepas pada November, saya masih terpilih, tetapi tahun ini kita tidak tahu lagi macam mana dan saya tidak boleh terlalu selesa kerana semua pemain sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif.”

“Sebab itulah, saya perlu pastikan tujuh perlawanan liga ini nanti akan menjadi penentu terbaik untuk saya tetap menjadi pilihan dalam skuad negara.”

Baca juga artikel kami mengenai Aidil Zafuan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram