TERKINI: Aidil Sharin Sahak Pengendali Baharu Skuad Kedah 2019

Aidil Sharin

Aidil Sharin Sahak, pengendali Home United FC, akhirnya telah diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah yang baharu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2019.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebentar tadi dalam sidang media bertempat di Pejabat Menteri Besar Kedah.

Melalui sidang media yang disiarkan di laman Facebook rasmi KFA itu, Mukhriz turut memaklumkan bahawa ketua jurulatih skuad Piala Presiden Kedah, Victor Andrag sebagai penolong jurulatih.

“Suka saya maklumkan bahawa kita akan mengangkat Victor Andrag sebagai penolong jurulatih daripada pasukan presiden kita,” umum Mukhriz sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA.

“Saya ingat, setelah beliau menunjukkan prestasi begitu baik pada musim yang lepas, sudah tiba masanya untuk beliau terlibat secara langsung dalam kejurulatihan di peringkat pasukan induk.

“Dan ketua jurulatih bagi musim hadapan adalah Encik Aidil Sharin Sahak daripada Home United, Singapura,” ujar Mukhriz lagi mengenai keputusan yang dibuat oleh mesyuarat tersebut.

“Majlis merasakan bahawa beliau mempunyai pengalaman yang sesuai dengan keadaan di Kedah. Dan beliau juga memahami dengan begitu mendalam suasana bola sepak di Malaysia.

Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah itu turut menyatakan yang mereka yakin dengan gandingan dua pengendali muda itu untuk mengemudi Kedah pada saingan musim hadapan.

“Kebetulan usia mereka sama, 41 tahun,” ujarnya sambil menyatakan keyakinan terhadap mereka berdua untuk membuat keputusan dan mencari pemain-pemain import yang sesuai.

Sebelum ini, beberapa khabar angin telah menyatakan yang Aidil bakal meninggalkan Home United untuk menyertai antaranya Perak, Kedah, Warrior FC (Singapura) dan Ceres Negros (Filipina).

Bersama Home United, Aidil telah membawa pasukannya itu meraih kejuaraan peringkat Zon ASEAN, Piala AFC 2018 buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut pada Ogos lalu.

Skuad Lang Merah baharu sahaja menamatkan musim suram mereka dengan meraih kedudukan ke-6 unifi Liga Super dan juga kecundang di pusingan ketiga Shopee Piala FA 2018.

Malah, mereka turut tersingkir di peringkat kumpulan dalam saingan unifi Piala Malaysia baru-baru ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN