Aidil Sharin: Khidmat Terbaik Bersama Kedah Tetap Jadi Keutamaan

Iklan

Aidil Sharin

Aidil Sharin Sahak melihat tanggungjawab bersama skuad Lang Merah itu bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2020 tetap menjadi keutamaan buatnya pada ketika ini berbanding isu masa depan beliau di Kedah.

Nama Ketua Jurulatih Kedah itu tiba-tiba melonjak naik pada ketika ini selepas beliau menjadi buruan beberapa pasukan tempatan termasuklah Perak yang dilaporkan berminat mahukan khidmat pengendali kelahiran Singapura tersebut.

Aidil yang menyertai Kedah pada awal musim lalu berjaya membawa skuad bimbingannya itu menjulang trofi Piala FA 2019 dan turut melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum tewas 0-3 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut sumber BH Online, Aidil mendedahkan bahawa Perak menunjukkan minat berminat membawanya ke Ipoh bagi membimbing skuad ‘Yob’ itu.

“Pengurusan pasukan Perak ada membuat pertanyaan kepada saya namun ianya cuma secara lisan dan perkara ini masih lagi di peringkat awal.”

“Kedah adalah pilihan nombor satu buat saya dan walaupun Perak menunjukkan minat mereka, tetapi buat masa ini hati saya masih lagi bersama Kedah dan saya masih memiliki kontrak bersama Kedah hingga hujung musim ini.”

“Secara jujurnya dan saya kini berazam mahu memberi khidmat terbaik untuk pasukan Kedah hingga ke hujung musim ini dan saya mahu fokus membawa Kedah sekali lagi ke peringkat akhir Piala Malaysia untuk musim ini.”

“Pada saya, saya masih tetap komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada saya buat masa ini.”

“Apa pun, saya mahu fokus dalam memberi khidmat terbaik dari hati saya untuk pasukan Kedah dalam membawa kejayaan buat skuad Lang Merah pada musim ini”, ujar Aidil kepada wartawan BH Online.

Selepas mengharungi enam perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020, Kedah menghuni tangga ketiga selepas mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan.

Kredit featured image: FA Kedah

Baca artikel lain dari kami mengenai Aidil Sharin Sahak:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram