Aidil Sharin: Keputusan MFL Adil Buat Semua Pasukan

Aidil Sharin

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak berpendapat langkah Malaysian Football League (MFL) dalam menunda sepak mula kempen Liga Malaysia 2021 adalah satu keputusan yang adil buat semua pasukan.

Pengendali kelahiran Singapura itu juga mengakui boleh menerima keputusan sukar dibuat oleh MFL selain memahami keperluan utama yang perlu diambil kira ekoran jumlah kes pandemik COVID-19 yang masih di tahap membimbangkan.

Walaupun sedih dengan pertandingan Piala FA sekali lagi terpaksa dikorbankan, Aidil berpandangan sememangnya itu jalan terbaik kerana bimbang pemain-pemain terpaksa mengharungi jadual padat yang akan meninggikan risiko kecederaan pemain.

“Keputusan yang dilakukan MFL ini adalah sesuatu yang cukup adil kepada semua terutama kebanyakan pasukan sudah tidak boleh berlatih dan sudah tentu MFL telah melakukan kajian mendalam daripada semua segi sebelum membuat keputusan sebegini.

“Begitu juga aksi pembukaan Piala Sumbangsih dan saya rasa pandangan Johor Darul Ta’zim juga telah diambil kira, jadi kami bersedia untuk bermain pada 5 Mac jika mengikut perancangan terbaharu.

“Mengenai ketiadaan Piala FA pada musim ini, memang saya berasa sangat sedih namun dalam masa faham kenapa keputusan itu diambil kerana kita ada juga kepentingan lain perlu dilihat seperti pasukan kebangsaan dan kejohanan di peringkat AFC.

“Kita kena hormat serta faham situasi sekarang yang melibatkan COVID-19 ini yang masih tinggi kesnya di Malaysia dan kenapa keperluan ini perlu diambil,” tambah Aidil Sharin lagi.

Pada Selasa, MFL telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia bagi musim 2021 pada 5 Mac 2021 susulan PKP di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga awal bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL secara dalam talian serta turut mengambil pandangan dan persetujuan daripada wakil-wakil pasukan menerusi satu taklimat khas pada Isnin.

MFL juga telah bersedia untuk menyediakan beberapa mekanisme seperti SOP latihan yang lebih ketat dan SOP latihan kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan lebih efektif, selamat dan menghindari segala prospek pandemik COVID-19.

Selain itu, Dato’ Ab Ghani mendedahkan Piala FA tiada dalam perancangan dalam kalendar Liga Malaysia musim 2021 bagi memastikan pasukan tidak dibebani dengan jadual padat sekali gus memberikan impak kepada kualiti Liga Malaysia.

Kredit featured image: Facebook FA Kedah

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan terkini Liga Malaysia:

MFL Tunda Tarikh Sepak Mula Liga M, Piala FA ‘Dikorbankan’

Dilanjutkan Semusim Lagi Bersama Kedah, Renan Alves Janji ‘Baiki’ Diri

Tindakan MFL Sehingga Batalkan Piala FA Dilabel Sebagai ‘Pemalas’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN