Aidil Sharin: Fayadh Zulkifli ‘Kad Rahsia’ Untuk Perangkap Perak

Fayadh Zulkifli Kedah Terengganu 2021 ikat perak

Pemain gantian, Fayadh Zulkifli membantu menghidupkan permainan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk akhirnya mengikat Perak FC dengan keputusan seri 1-1.

Ia satu perlawanan yang sederhana dan adakalanya perlahan oleh Kedah di Stadium Perak berdepan musuh utara mereka yang menyaksikan pelawat bermain lebih ke bawah berbanding tampil untuk menekan Perak memburu jaringan pembukaan.

Perak yang memenuhkan kawasan tengah berjaya menyebabkan Rabih Ataya yang dalam prestasi kurang baik termanggu dan gagal membuat hantaran-hantaran baik ke depan. Ini mematikan terus permainan Kedah dan Perak mendominasi aksi.

Namun, kemasukkan pemain sayap, Fayadh Zulkifli dilihat kembali memberikan nyawa baharu buat skuad Hijau Kuning. Kepantasan dan kelincahannya membuat Perak pula terdiam untuk cuba mematahkan serangan yang dijana olehnya di babak kedua.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Fayadh Zulkifli sekurang-kurangnya berjaya menjana asakan ke benteng tuan rumah yang dilihat tenang sepanjang babak pertama sehingga gol pertama berjaya dihasilkan oleh Guilherme de Paula pada minit ke-58.

Pelawat dilihat tersentak dengan jaringan tersebut dan mula meningkatkan tempo permainan dan ia berhasil. Aidil Sharin menggunakan sepenuhnya Fayadh Zulkifli bagi memecah masuk ke kawasan defensif third lawan yang tidak tergugat sebelum itu.

“Itu ‘kad’ saya. Saya tidak akan kongsikan rahsia saya,” jawab Aidil Sharin mengenai Fayadh Zulkifli dalam nada berseloroh di sidang media sejurus perlawanan berakhir.

“Apa yang saya boleh katakan, apabila keadaan tidak memihak kepada kita, kita perlu lakukan sesuatu. Kita ada pemain yang mampu mengubah perlawanan apabila dimasukkan. Seperti yang saya selalu katakan, saya sentiasa percayakan pemain saya.

“Apabila anda percaya dengan kemampuan mereka, mereka akan beri kita 100 peratus. Jadi, pemain gantian telah melakukan tugas yang baik. Yang lebih baik adalah kita cuba menambah lagi jaringan,” jelas pengendali berusia 43 tahun itu lagi.

Banyak gerakan yang dimulakan Fayadh Zulkifli membantu Kedah bermain seperti biasa semula dan akhirnya penyerang berbisa, Kpah Sherman berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit ke-79 untuk pelawat kembali ke dalam permainan.

Kedah juga hadir dengan dua percubaan berbahaya menerusi Baddrol Bakhtiar dan Kipre Tchetche yang telah menewaskan Hafizul Hakim, namun gagal mengegar jaring.

Hasil perlawanan malam tadi menyaksikan Kedah gagal memintas Terengganu FC yang berada di kedudukan ke-2 Liga Super 2021 dengan 17 mata dan kedudukan mereka itu bakal dicabar seteru utara mereka juga, Penang FC pada malam nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman FC:

Kedah FA Ikat Fayadh & Danel 5 Tahun Beserta Klausa Perpindahan RM5 Juta

Selepas Terima Vaksin, Kedah Harus Bersedia Dengan Kesan Sampingan

Piala Malaysia 2019: Aidil Sharin Sifatkan Pemain Muda Umpama Kaca, Mudah ‘Pecah’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN