Aidil Sharin Bagi Tempoh Hingga Tengah Bulan, Kedah Terus Bagi Respon

Iklan

aidil sharin sanusi kedah fa 2020

Semalam pengendali Kedah, Aidil Sharin memberi masa sehingga tengah bulan untuk pengurusan mengadakan perbincangan dengannya mengenai kontraknya.

Namun, hari ini, berdasarkan laporan Berita Harian, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor mengeluarkan kenyataan yang mereka terbuka untuk Aidil Sharin membuat perbincangan bersama-sama pasukan lain.

Beri masa sehingga pertengahan bulan ini

Sebelum itu, Aidil Sharin dikatakan kabur mengenai masa depannya bersama skuad Helang Merah apabila sehingga kini masih belum ada sesi perbincangan dengannya mengenai status kontraknya musim hadapan. Adakah KFA akan kekalkannya?

“Agak hairan juga apabila tiada wakil KFA yang datang memberi gambaran mengenai kedudukan saya musim depan dan sebagai jurulatih profesional, saya berharap perkara ini perlu dimulakan seawal mungkin,” ujar pengendali tersebut semalam.

aidil sharin insta story
Perkongsian Aidil Sharin di Insta Story beliau. FOTO: IG Aidil Sharin

Tambahnya yang menunjukkan mungkin akan memulakan rundingan bersama pasukan lain, “Jika KFA tidak mahu mengadakan perbincangan hingga pertengahan bulan ini, saya terpaksa membuat perancangan berdasarkan tawaran kelab lain.”

Melihat kepada status di Insta Story pengendali asal Singapura itu kelmarin, mungkin beliau memberi gambaran ini musim terakhirnya bersama juara Piala FA 2019 itu – jika KFA tidak berunding. Kapsyennya di Insta Story, “Enjoy it while it last“.

Pemain juga bebas meninggalkan pasukan

Muhammad Sanusi yang ditemui media selepas Mesyuarat Exco dipetik berkata, “Saya belum dapat maklumat tentang perkara tersebut [pindah], tapi negara kita negara demokrasi, siapa-siapa pun boleh pergi ke mana-mana yang mereka suka.”

Ia adalah respon kepada soalan media mengenai kemungkinan pengendali berusia 43 tahun itu akan dilamar oleh pasukan lain selepas tular mengenai rundingan wakil Aidil Sharin bersama Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden KFA itu turut memaklumkan sudah mengadakan perbincangan bersama barisan pemain Kedah mengenai penstrukturan semula gaji dan jika ada yang menolaknya, mereka juga bebas meninggalkan pasukan.

“Selepas ini, jika ada yang tidak boleh terima kemungkinan pengurangan gaji dan tidak sesuai dengan kemahiran mereka, KFA terbuka kerana mereka pemain profesional yang boleh tawarkan khidmat di mana-mana,” ulas Sanusi lanjut.

Penutup

Walaubagaimanapun, Sanusi amat berharap agar pemain-pemain yang berasal dari Kedah untuk kekal bersama pasukan bagi memacu saingan musim depan. Mungkin ia ditujukan kepada beberapa pemain bintang seperti kapten, Baddrol Bakhtiar.

Disaat prestasi Kedah di Liga Super kembali positif, tiba-tiba isu kontrak timbul. Adakah ia akan mengganggu Kedah dengan liga berbaki lima perlawanan?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Aidil Sharin dan Kedah FA:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram