Ahmad Khairil Anuar Bintangi Filem Pendek 100Plus Sempena Ramadan

Ramadan bakal tiba lagi. Ketika artikel ini ditulis, umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadan dalam masa 13 hari lagi.

Seperti biasa ketika Ramadan, jumlah penonton TV akan meningkat. Begitu juga dengan bajet iklan daripada pemilik jenama.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh CNN mengenai tabiat menonton TV di negara Muslim ketika bulan Ramadan, masa menonton TV sahaja meningkat sebanyak 32 minit ketika bulan Ramadan.

Maka tak hairanlah banyak pemilik jenama berlumba-lumba untuk memperkasakan usaha pemasaran mereka semasa bulan Ramadan. Ini termasuklah 100Plus yang menampilkan kisah hidup pemain Perak, Ahmad Khairil Anuar sebagai tema utama pemasaran mereka semasa Ramadan nanti.

Beto bintangi filem pendek 100Plus

Pada bulan Ramadan nanti, anda bakal menyaksikan filem pendek yang menampilkan kisah sebenar hidup Ahmad Khairil Anuar – atau lebih dikenali sebagai Beto. Filem pendek ini bakal menjadi tema utama kempen pemasaran 100Plus sepanjang Ramadan.

Filem pendek ini bakal menceritakan transformasi identiti pemain Perak itu dari seorang anak penjual sate di Ipoh kepada pemain skuad kebangsaan bawah-22.

Berdasarkan video belakang tabir yang diberikan kepada kami, tema inspirasi bakal menjadi tema utama filem pendek tersebut.

Filem pendek tersebut diarahkan oleh Nik Amir Mustapha, pengarah sama yang menghasilkan filem KIL dan Terbaik Dari Langit.

Kedua-dua filem ini mendapat reviu yang positif daripada pengkritik filem tempatan sehingga mampu menggondol anugerah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2013 dan Filem Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.

Malah Nik Amir sendiri dianugerahkan sebagai Pengarah Terbaik ketika Anugerah Skrin 2013.

Saksikan video belakang tabir filem pendek ini:

Bahagian 1

Bahagian 2

Kepada penyokong-penyokong Perak Darul Ridzuan!

Anda boleh mendapatkan jersi Perak 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN