Ahli Politik Itali Mahu Mario Balotelli Henti Kritik & Fokus Kepada Bola Sepak

Seorang ahli politik yang menganggotai senat di Itali mengarahkan agar Mario Balotelli berhenti mengkritik beliau, dan sebaliknya memberi fokus kepada kerjaya bola sepak.

Penyerang pasukan Ligue 1, Nice itu sebelum ini mengkritik Toni Iwobi (gambar bawah) kerana mewakili sebuah parti politik yang sering diulit kontroversi perkauman di Itali.

(Photo by NurPhoto/NurPhoto via Getty Images)

Iwobi dilahirkan di Nigeria, namun menetap di Itali sejak 1970. Beliau dilantik sebagai senator kulit hitam pertama oleh Parti Lega yang dibawah pimpinan Matteo Salvini selepas memperolehi majoriti undi di sebuah pekan yang terletak di dalam wilayah Bergamo, dikenali sebagai Spirano.

Balotelli yang tidak berpuas hati telah memuatnaik satu kenyataan di laman Instagram miliknya berbunyi:

(Photo by Romain Perrocheau/Getty Images)

“Mungkinkah saya buta atau tidak ada sesiapa yang tampil memberitahu beliau berkulit hitam– ia memalukan!”

Ketika ditanya oleh sebuah radio stesen di Itali, Iwobi menjawab kenyataan Balotelli tersebut dengan mengarahkan pemain tersebut untuk hanya memberi fokus ke dalam bidang yang diceburinya.

“Saya boleh buat tidak tahu akan Balotelli. Saya tidak berminat dengan apa yang beliau tulis. Saya sudah mempunyai banyak kontroversi untuk dihadapai di dalam karier ini.”

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

“Saya hanya mahu memberikan fokus kepada tanggungjawab kepada kawasan yang saya pimpin, dan peranan yang telah diberikan kepada saya melalui perundangan.”

“Balotelli adalah pemain bola sepak yang hebat. Ia akan kekal begitu. Oleh itu, saya berharap beliau kekal fokus di dalam bidang bola sepak kerana beliau sangat bagus di dalam bidang tersebut.”

Respon daripada Ivowbi ini tiba selepas sebulan LeBron James dikritik kerana bercakap mengenai isu sosial oleh seorang pengacara televisyen, yang mengarahkan LeBron untuk berdiam diri.

Parti Lega yang dipimpin oleh Salvini memenangi 17% undi di Itali dan mahu menghapuskan jutaan imigran di negara berkenaan.

Matteo Salvini attends an electoral meeting of the Lega coalition at the Adriano’s Temple in Rome, Italy, on 1st March 2018. Italy is set to hold a general election to form a new parliament and government on March 4, 2018 (Photo by Paolo Manzo/NurPhoto via Getty Images)

Pemimpin parti Lega itu turut pernag mengkritik Balotelli di akaun Twitter dengan berkata:

“Balotelli, saya tidak pernah menggemari anda ketika berada di atas padang, dan saya juga tidak pernah menggemari anda lebih daripada itu.”

Parti bersayap kanan Lega ditubuhkan pada 1989 dan berpaksikan kepada fahamam federalisme dan kepercayaan agama dalam perjuangan mereka.

Giorgia Meloni (L), leader of Fratelli d’Italia (Brothers of Italy) party, Silvio Berlusconi, President of Forza Italia (Go Italy) and former Italian Prime Minister, Matteo Salvini, leader of Lega Nord (North League) party, and Raffaele Fitto, leader of Noi con lItalia (We with Italy), take part at a political meeting organised by the centre-right coalition for the upcoming general political election in Rome, Italy on March 01, 2018. The Italian General Election takes place on March 4th 2018. (Photo by Michele Spatari/NurPhoto via Getty Images)

Lega mempercayai utara dan selatan Itali harus dipisahkan, dan menuduh kekayaan utara Itali dicuri oleh bahagian selatan Itali.

Sebuah gerakan di Eropah dikenali sebagai Suruhanjaya Eropah Menentang Perkauman dan Ketiadaan Toleransi (ECRI), secara terbuka pernah mengkritik Lega kerana sikap rasis dan propaganda xenophobic yang disebarkan oleh parti tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN