Aguero & Wijnaldum Sudah, Kini Barcelona Tunggu Kata Putus Dari Memphis Depay

Memphis Depay

Barcelona kini sedang rancak membina semula pasukan mereka selepas musim yang kurang baik di bawah Ronald Koeman.

Mereka cuma berjaya mendapatkan satu kejuaraan sahaja iaitu merangkul piala Copa Del Rey dengan menewaskan Atheltic Club dengan jaringan 4-0.

Pembangunan semula kelab Catalan itu sedang berjalan rancak dengan Koeman sudah mendapatkan dua pemain yang dimahukannya iaitu Sergio Aguero dan Gini Wijnaldum.

Kini, Koeman sedang memburu seorang lagi pemain yang sudah lama diidamkannya sama seperti Wijnaldum iaitu Memphis Depay.

Depay yang telah mengesahkan pemergiannya dari Olympique Lyonnais bagaimana pun masih belum mengesahkan destinasi seterusnya untuk beliau.

Sering dikaitkan dengan Barcelona untuk beberapa ketika, wartawan perpindahan terkenal Fabrizio Romano mengesahkan yang tawaran sudah pun diberikan kepada pemain tersebut.

Kini apa yang memisahkan kedua-dua pihak adalah kata akhir dari Depay sendiri sama ada mahu sertai Barcelona atau tidak.

Strategi perpindahan Barcelona kali ini dilihat bijak memandangkan kelab tersebut sedang menghadapi krisis kewangan yang meruncing.

Mereka mendapatkan pemain-pemain handalan yang telah tamat kontrak seperti Aguero dan Wijanldum yang jelas merupakan watak penting kepada kejayaan Manchester City dan Liverpool.

Bonus buat Barcelona kerana Aguero merupakan rakan baik Lionel Messi dan kehadirannya mungkin boleh memujuk pemain itu untuk terus kekal di Nou Camp.

Selain itu, Wijnaldum juga merupakan pemain utama Koeman ketika beliau menjadi jurulatih Belanda.

Barcelona juga telah mendapatkan seorang lagi pemain secara percuma iaitu Eric Garcia.

Baca juga artikel kami mengenai Memphis Depay:

Liverpool Tolak Spekulasi Mahu Beli Bekas Pemain Man Utd, Memphis Depay

Memphis Depay: “Saya Sudah Bosan Dan Mahu Dihormati Di Lyon”

Memphis Depay Akui Kini Lebih Matang, Yakin Bandar Manchester Masih Warna Merah

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply