AFF Suzuki Cup 2014: 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Vietnam

Bersempena dengan AFF Suzuki Cup 2014 akan datang, kami akan menulis tentang negara-negara yang terlibat dalam kejohanan ini. Ahad ini, Malaysia akan turun menentang Vietnam dalam perlawanan persahabatan terakhir sebelum memulakan kempen AFF Suzuki Cup. Jadi kami akan mulakan dengan Vietnam.

VIETNAM

1. Vietnam berbahaya apabila menyerang tetapi mempunyai penyudah yang lemah

Dalam perlawanan persahabatan menentang Palestin (negara sama yang mengalahkan Malaysia 2-0 di Kuantan tahun lepas) pada 9 November lepas, Vietnam menguasai separuh masa pertama dengan 5 shots on target dan 2 shots off target.

Perlawananan berakhir dengan kemenangan 3-1 kepada Palestin. Punca utama kekalahan Vietnam adalah mereka selalu diserang balas kerana dua full back mereka cukup aktif membuat overlapping runs. Penyudah penyerang mereka juga macam gampang.

Tetapi midfield tengah mereka cukup pandai mengawal permainan. Berganda-ganda jauh lebih baik daripada cara Shukor Adan dan Badrul Bakhtiar mengawal permainan ketika menentang Syria tempoh hari.


[signinlocker id=”42034″]

2. Ketua jurulatih Vietnam SENGAJA menggunakan 10 pemain ketika perlawanan persahabatan dan mereka menang 3-0.

Sumber: tuoitre.vn
Sumber: tuoitre.vn

Dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan Universiti Korea Selatan, ketua jurulatih Vietnam Toshyia Mirua sengaja membiarkan pemainnya bermain dengan 10 pemain SAHAJA pada separuh masa kedua untuk memberi latihan konsentrasi kepada pemainnya.

Biarpun bermain 10 orang, penyerang Vietnam Nguyen Hai Anh masih menjaringkan dua gol meskipun bersendiri mengemudi jentera serangan.

Pemain Vietnam selalu hilang konsentrasi bila dah leading. Jadi saya sengaja biar mereka main dengan 10 pemain untuk memberi pemain saya defence training – Toshyia Mirua


3. Penyerang utama Vietnam pernah bermain di liga 2 J-League dan Primeira League Portugal (betul-betul bermain masuk padang).

Le Cong Vinh bermain untuk pasukan liga ke-2 J-League, Consadole Sapporo tetapi balik kampung awal selepas pasukannya gagal mara ke pusingan play-off liga.

Sumber: Tinthethao Vietnam
Sumber: Tinthethao Vietnam

Pada 2009, Cong Vinh pernah bermain di Primeira Liga Portugal untuk pasukan Leixões S.C. Beliau disenaraikan dalam senarai 18 pemain ketika Leixões S.C. menentang FC Porto. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leixões S.C. dalam perlawanan Portugese Cup menentang Casa Pia AC.

t241217


4. Liga Vietnam penuh dengan kes rasuah

Tahun 2014 ini sahaja V-League sudah mempunyai dua kes rasuah yang membabitkan jumlah VND 1.2 bilion (lebih kurang RM 190,000).

Kes pertama membabitkan 9 pemain Vissai Ninh Binh yang membuat taruhan dalam perlawanan menentang Kelantan ketika AFC Cup bulan Mac 2014 yang lepas.

Apabila Vissai Ninh Binh menang ke atas Kelantan 3-2, hasil untung wang taruhan mereka berjumlah VND 800 juta dibahagikan kepada 9 pemain yang membuat taruhan. 6 pemain dipenjarakan dan 3 lagi masih disiasat.

Sumber: thanhniennews
Sumber: thanhniennews

Baru-baru ini, 5 perlawanan V-League yang berlangsung ketika World Cup 2014 turut berlangsung menyaksikan 41 gol dijaringkan. 5 perlawanan ini disyaki mempunyai elemen rasuah lalu siasatan dibuka. Hasil siasatan polis mendapati salah satu perlawanan tersebut mempunyai nilai taruhan sebanyak VND 400 juta yang dibuat oleh pemain-pemain sendiri.

Sumber: thanhniennews
Sumber: thanhniennews

5. Seorang pemain bawah 19 tahun Vietnam tersenarai dalam senarai 40 pemain muda paling berbakat di dunia oleh The Guardian.

Baru-baru ini, The Guardian menyenaraikan 40 bakat muda bolasepak dari seluruh dunia yang perlu diberikan perhatian. Paling menarik, 1 pemain Singapura dan 1 pemain Vietnam termasuk dalam senarai ini.

Pemain Vietnam yang dimaksudkan adalah, Phan Thanh Hau merupakan produk JMG Academy yang ditubuhkan melalui kerjasama kelab Vietnam, Hoang Anh Gia Lai dengan Arsenal.

Phan Thanh Hậu.jpg-0

Midfilder tengah berkaki kiri masih muda dan membuat kemunculan di peringkat antarabangsa apabila membantu Vietnam menewaskan Iran 4-1 dalam Sukan Asia 2014 di Incheon, baru-baru ini.

113_7630_zing

[/signinlocker]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN