AFC: Tak Jadi Final Piala AFC Di Korea Utara Kerana Banyak Kekangan

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengeluarkan kenyataan bahawa final Piala AFC musim ini tidak akan dilangsungkan di Pyongyang, Korea Utara.

Keputusan itu dibuat selepas, seminggu lalu, perlawanan di antara Korea Utara dan Korea Selatan berlangsung di stadium kosong.

Final Piala AFC tahun ini menemukan kelab Korea Utara, 4.25 SC/April 25 SC dengan Al Ahed dari Lebanon.

AFC menyatakan mereka menukar venue ke satu tempat yang lebih neutral. Ini selepas AFC berhadapan dengan banyak kesukaran berkaitan dengan akses dan juga beberapa halangan dalam prosedur penyiaran perlawanan.

Paling teruk, beberapa rakan penaja telah mengancam AFC, kerana beberapa dasar oleh Pyongyang yang menyulitkan mereka

Aksi di antara Korea Utara dan Korea Selatan sebelum ini tidak dapat disiarkan secara langsung kerana kekangan yang dianggap tidak masuk akal.

Di bawah ini adalah gambar daripada telefon pintar pegawai pasukan Korea Selatan yang memaparkan stadium kosong untuk aksi Korea Utara dan Korea Selatan.

Seterusnya, dalam perlawanan itu juga, media antarabangsa dilarang untuk membuat liputan.

Seterusnya, beberapa siri ujian misil di Korea Utara membuatkan AFC merasakan, meletakkan final di Korea Utara, ibarat meletakkan 2 pasukan bermain bola sepak di tengah-tengah wilayah sedang berperang.

AFC buat masa ini telah memilih Shanghai sebagai venue baru final Piala AFC. Dan stadium tersebut akan diumumkan kelak. Ini kerana di Shanghai ada 2 stadium yang boleh menjadi venue final.

Perlawanan final itu akan berlangsung pada 2 November 2019.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply