Adrien Rabiot Mahu ‘U-Turn’, Turut Mengesahkan Juventus Dan Manchester United Mahukan Beliau

Adrien Rabiot masih lagi mencari kelab baharu beliau. Dan Rabiot juga mengesahkan bahawa beliau sudah bercakap dengan pihak Juventus.

Selain daripada Juventus, Rabiot juga memberitahu Manchester United turut cuba untuk mendapatkan tandatangan beliau. Kontrak Rabio akan tamat bulan ini. Pada Julai 2019, beliau akan menjadi ejen bebas.

Rabiot pada musim lalu disisihkan oleh PSG selepas beliau menolak untuk melanjutkan kontrak baharu. Rabiot kemudian disingkirkan daripada skuad utama selepas beliau menuduh PSG menjadikan beliau seperti seorang tawanan/banduan.

Selepas itu, banyak sekali kelab yang mahukan beliau. Antaranya termasuk Barcelona. Namun kelab Catalan itu dilaporkan menamatkan minat ke atas Rabiot – sebaik sahaja mendapatkan Frenkie De Jong.

Bercakap kepada Corriere Dello Sport, Rabiot berkata:

“Saya masih tidak tahu, ke mana saya akan pergi selepas ini.”

“Ya, Juventus cuba mencari saya [yang ketika ini masih bercuti]. Dan kami ada melakukan perbincangan.”

“Kami mempetimbangkan banyak perkara, namun tidak dapat memberitahu apa-apa buat masa ini.”

“Juventus pasukan yang hebat. Mereka adalah pasukan yang – semua pemain yang bagus mahu menyertai mereka.”

“Manchester United? Mereka juga sama.”

“Saya masih perlu untuk membuat pertimbangan sebelum mengambil sebarang keputusan. Buat masa ini, saya sedang bercuti.”

Laporan di Perancis juga menyatakan Rabiot memberikan isyarat kepada PSG bahawa beliau sedia untuk melanjutkan kontrak bersama kelab tersebut. Ini selepas PSG melantik smeula Leonardo sebagai Pengarah Sukan menggantikan Antero Henrique.

Namun hasil tinjauan laman peminat PSG Talks, hanya 40% penyokong PSG setuju jika kelab mereka menawarkan kontrak kepada Rabiot.

Rabiot memang dikenali dengan sikapnya yang kadangkala diva. Pada tahun lalu beliau enggan menjadi pemain dalam senarai menunggu oleh Didier Deschamps.

Rabiot menghantar surat menyatakan keengganan beliau. Ianya membuatkan Deschamps sangat marah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN