Adnan Januzaj: Prospek Gagal Man Utd, Sertai Real Sociedad Dengan Nilai  £9.8 Juta

Manchester United telah bersetuju dengan yuran perpindahan berjumlah sekitar £9.8 juta untuk membenarkan perpindahan Adnan Januzaj ke Real Sociedad.

Jose Mourinho sebelum ini telah memaklumkan kepada Januzaj bahawa beliau bebas untuk mencari kelab baharu untuk saingan pada musim hadapan.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

Adnan Januzaj kembali daripada pinjaman bersama Sunderland pada musim lepas dan gagal meyakinkan Jose Mourinho bahawa dirinya bersedia untuk merebut tempat di dalam skuad United.

Sebelum ini, nama Adnan Januzaj turut tidak tersenarai di dalam skuad yang akan bertandang ke Amerika Syarikat untuk latihan pra musim.

Januzaj menyertai Manchester United daripada Anderlecht pada usia 16 tahun. Kemunculan pertama Januzaj bersama skuad utama Manchester United ialah pada tahun 2013 di bawah kendalian David Moyes

Adnan Januzaj disifatkan sebagai prosepek muda Manchester United yang mempunyai masa hadapan yang cerah pada masa itu sehingga ditawarkan kontrak baharu selama 5 tahun.

Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Adnan Januzaj turut menyarung jersi No.11 milik Ryan Giggs yang bersara pada musim sebelumnya.

50 penampilan bersama Manchester United, Adnan Januzaj menjaringkan hanya 5 gol untuk skuad The Red Devils. Musim 2015-2016, menyaksikan Adnan Januzaj dipinjamkan ke Borusia Dortmund.

Sepertimana tempoh mengecewakan yang dialami oleh Januzaj di Sunderland, Januzaj turut mengecewakan apabila beraksi di Dortmund dan hanya tampil sebanyak 6 kali sepanjang musim tersebut.

Realitinya 6 aksi Adnan Januzaj bersama Borusia Dortmund, tidak ada satu pun yang membabitkan perlawanan Bundesliga.

.(Photo by VI Images via Getty Images)

Thomas Tuchel turut senada dengan Louis Van Gaal di United pada masa itu.

Dua pengurus tersebut mempertikaikan keinginan dan sikap Januzaj untuk berjaya di tahap tertinggi, selain daripada ego dan sukar untuk bermain sebagai satu unit di dalam pasukan.

Manchester United dijangka akan memasukkan klausa pembelian kembali ke dalam perjanjian perpindahan Januzaj ke Real Sociedad.

(Photo by Michael Steele/Getty Images)

Untuk melihat Adnan Januzaj kembali beraksi bersama Manchester United, jelas sesuatu perlu dilakukan oleh pemain antarabangsa Belgium ini untuk membuktikan dirinya mampu mencapai potensi sebenarnya.

Real Sociedad menamatkan saingan La Liga pada kedudukan ke-6 pada musim lalu dan akan bersaing dalam pertandingan UEFA Europa League pada musim hadapan.

Sumber:

1. The Telegraph (2017): Sad case of Adnan Januzaj proves talent alone is not enough to succeed at Manchester United;
http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/12/sad-case-adnan-januzaj-proves-talent-alone-not-enough-succeed/

2. Simon Stone, BBC Sport (2017): Adnan Januzaj: Man Utd agree fee of about £9.8m with Real Sociedad;
http://www.bbc.com/sport/football/40578666

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN