Admin FB Penang FC Mohon Maaf Selepas Balas Komen ‘Babi’ Oleh Penyokong

Admin atau pengurus akaun media sosial Penang FC sebentar tadi memohon maaf kepada semua pengikut mereka berikutan keterlanjuran dalam membalas komen salah seorang penyokong mereka di laman Facebook pada hari ini.

Ia berikutan tindakan melampau segelintir penyokong yang mengeluarkan perkataan ‘babi’ melalui komen terhadap pengurus akaun kelab Liga Super Malaysia tersebut.

Kes tersebut dipercayai berkaitan penjualan tiket perlawanan membabitkan pertemuan Penang FC dan JDT di Stadium Bandaraya pada Sabtu akan datang.

Sebelum itu Penang FC mengumumkan semua 2,000 tiket yang dibenarkan dijual untuk perlawanan tersebut telah habis dijual. Mungkin tidak berpuas hati keran tidak tiket, maka komen-komen tidak senonoh dilemparkan dan admin turut menjadi mangsa.

Tidak dinafikan pengurus media sosial Penang FC sepatutnya lebih tenang berhadapan situasi tersebut. Walaupun terlanjur di dalam kata-kata, pujian harus diberikan kepada Admin Penang FC kerana terbuka untuk memohon maaf.

Tidak dinafikan sebagai pengurus akaun media sosial sesebuah organisasi, khususnya sebuah kelab bola sepak di Malaysia sepatutnya lebih tenang berhadapan situasi sebegitu. Namun sebagai manusia biasa, setiap perkara ada hadnya.

Sebagai penyokong pula, itu tidak bererti anda juga bebas mengeluarkan kata-kata kesat. Ingatlah bahawa budi bahasa itu budaya kita.

Prestasi Penang FC pada musim ini di bawah kendalian Thomas Trucha menarik perhatian ramai pemerhati bola sepak tanah air berikutan rentetan prestasi cemerlang dan corak pemainan menarik ditampilkan pasukan itu.

Selepas mengharungi 12 perlawanan, Penang FC kini menduduki kedudukan ke-4 Liga Super Malaysia, dan dipisahkan hanya oleh lima mata berbanding pendahulu JDT.

Baca artikel lain mengenai Penang FC melalui pautan di bawah:

Tomas Trucha Kredit ‘Urus Niaga’ Manzoor Azwira Pacu Prestasi Terkini Penang

Apa Rahsianya Perubahan Permainan Penang FC Ketika Tundukkan Sri Pahang?

Janganlah Buat ‘Lecey’, Penyokong Penang Perlu Belajar Terima Teguran

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

  • Teringat apa yg jadi haritu bila admin kkm reply comment netizen. Netizen ni ramai, dalam sesikat mesti ada yg busuk right. Should be ignore je semua comment tu.

Leave a Reply