Adly Shah: Segalanya Terletak Di Tangan Shahrel Fikri

Shahrel Fikri

Pengurus pasukan Perak, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah mengakui beliau telah berjumpa penyerang berbisa, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi bagi membincangkan mengenai masa depan penjaring 10 gol kempen CIMB Liga Super Malaysia 2020 itu dalam persiapan menghadapi musim baharu.

Angin semakin bertiup kencang mengatakan bahawa nama Shahrel yang bakal tamat kontrak pada penghujung bulan ini semakin dikaitkan dengan sebuah kelab di Lembah Klang dan pasukan dimaksudkan ialah Selangor FC.

Bagi Adly Shah, segala usaha telah dilakukan untuk mengekalkan khidmat Shahrel tetapi segalanya terpulang kepada pemain yang pernah berkelana ke Thailand itu untuk membuat keputusan berhubung masa depannya.

Meskipun penamat musim 2020 begitu mendukacitakan buat seluruh warga bola sepak tanah air, Shahrel Fikri berjaya menjelmakan persembahan menarik dalam kancah liga sekali gus menjadikannya sebagai penjaring terbanyak bagi pemain tempatan dan kedua secara keseluruhannya.

Pemain kelahiran Tawau yang merupakan produk keluaran skuad Piala Presiden Perak itu hanya ketinggalan dua gol di belakang pemenang musim ini, Ifedayo Olosegun Omosuyi dari Selangor.

Dato’ Adly Shah Ahmad Tah. Kredit foto: Perak TBG

”Saya telah berjumpa dengan Shahrel bagi membincangkan tentang keinginan Perak untuk mengekalkan khidmatnya bagi menghadapi saingan musim 2021.”

”Segala keputusan kami serahkan kepadanya untuk memberikan kata putus berhubung perkara ini dan pihak kami tidak dapat menghalang sekiranya dia berhajat meninggalkan pasukan untuk mewakili pasukan lain pada musim depan.”

”Kami akan menghormati setiap apa sahaja keputusannya,” ujar Adly Shah.

Perak yang menamatkan saingan liga di tangga keempat selepas mengumpul 18 mata hasil lima kemenangan, tiga keputusan seri dan tiga kekalahan pastinya mahu tampil dengan lebih garang pada musim hadapan dan dikatakan pemain-pemain utama seperti Shahrul Mohd Saad, J. Partiban, Firdaus Saiyadi dan beberapa pemain lain akan terus bersama pasukan.

Kredit foto: Facebook Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Shahrel Fikri:

MSL 2020: 4 Gol Shahrel Fikri Bikin Felda United ‘Terkulai’

Bantu Perak Ke Piala AFC 2021 Jadi Keutamaan Shahrel Fikri

Shahrel Fikri Ada Peluang Rebut Trofi Kasut Emas & Jadi Peledak Berbisa Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN