Adly Shah: Persiapan Perak FC Berjalan Lancar, Kekalkan 80 Peratus Pemain Utama

Perak FC

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) merangkap pengurus pasukan, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah menegaskan bahawa persiapan pasukan yang paling banyak membuat penampilan dalam kancah Liga Super kini berjalan lancar bagi menghadapi musim baharu.

Menurut kenyataan dikeluarkan laman Facebook rasmi Perak TBG, Adly turut mendedahkan Perak mengekalkan sebahagian besar pemain utama serta bakal menambah kekuatan pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu.

Menamatkan kempen Liga Super 2020 di tangga keempat selepas mengumpul 18 mata, Perak dijangka akan terus memberikan kepercayaan buat pengendali dari Australia, Mehmed Durakovic yang mula membimbing pasukan pada pertengahan musim 2017.

”Syukur Alhamdulillah, persiapan pasukan Perak FC bagi menghadapi saingan Liga M 2021 berjalan dengan lancar.”

Kredit foto: Perak TBG

”Hampir 80 peratus pemain utama dari skuad musim 2020 dikekalkan dan kini pihak pengurusan juga telah memasuki fasa akhir bersama beberapa pemain baru berpotensi yang dilihat mampu memperkemaskan lagi kemampuan pasukan bagi musim akan datang,” ujar Adly lagi.

Sumber beberapa wartawan bola sepak terkenal tanah air sebelum ini menyebut Perak telah memeterai perjanjian untuk membawa masuk bekas pemain Kedah, Muhammad Shakir Hamzah dan Muhammad Azri Abdul Ghani serta pertahanan kanan UiTM FC, Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi dan Ahmad Khairil Anuar Zambri dikatakan bakal meninggalkan skuad Yob itu dengan Shahrel semakin hampir untuk menyertai Selangor manakala Khairil Anuar pula dikaitkan dengan UiTM FC.

Sementara itu, dua pemain import musim lalu, Antony Golec dan Thierry Chanta Bin sudah pun terlebih dahulu mengucapkan selamat tinggal buat juara Piala Malaysia lapan kali tersebut.

Kredit featured image: Facebook Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Perak:

Piala Malaysia 2020: Hatrik ‘Budak Nakal’ Beri Kemenangan Selesa Buat Perak

PAFA Online Store Dekatkan ‘Yop-Yong’ Dengan Pasukan Perak

Nama Perak FC Bakal Digunakan, Bukan Bos Gaurus FC

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply