Adidas Kuasai Senarai Pembekal Jersi Pasukan Dalam Saingan Piala Dunia 2018

Elemen penting semasa Piala Dunia 2018 ialah jersi. Pasti ada dalam kalangan kita sudah mendapatkan pelbagai jersi di kedai-kedai.

Bohonglah jika kita tidak ada jenama kegemaran yang dijadikan sasaran ‘mesti beli’. Tetapi bagaimana pula jika jenama bukan kegemaran kita menaja pasukan sokongan kita?

Sudah pasti ia menghadirkan satu perasaan dilema.

Adidas kuasai

Daripada 32 pasukan bertanding, Adidas menjadi ‘raja’ apabila membekal untuk 12 pasukan.

Menariknya, Kumpulan B dan F menyaksikan masing-masing 3 pasukan dalam kumpulan tersebut memakai jersi jenama Adidas.

Adakah anda fikir akan ada pasukan yang menggunakan jersi Adidas di setiap kumpulan? Sebenarnya tidak, Kumpulan C langsung tiada pasukan yang menggunakan Adidas.

Senarai pasukan yang memakai jersi Adidas:
Rusia, Mesir, Sepanyol, Maghribi, Iran, Argentina, Jerman, Mexico, Sweden, Belgium, Colombia, Jepun.

Nike

Seperti EA Sports pesaing terdekatnya Konami untuk permainan video, Adidas sudah pasti berhadapan Nike.

Dua-dua pun Nike! Sewaktu Perancis bertemu Australia tempoh hari. (Photo by Sergei BobylevTASS via Getty Images)

Dalam setiap kumpulan, akan ada 1 pasukan yang menggunakan produk mereka. Sebenarnya 10 pasukan telah memakai jersi Nike semasa kejohanan ini.

Senarai pasukan yang memakai jersi Nike:
Arab Saudi, Portugal, Perancis, Australia, Croatia, Nigeria, Brazil, Korea Selatan, England, Poland.

Puma yang ketiga

Nampaknya Puma selesa dengan Uruguay. (Photo by Ryan Pierse/Getty Images)

Dalam mana-mana industri di dunia, sudah pasti akan ada jenama ketiga yang sentiasa diperhatikan selain daripada dua yang utama.

Begitulah juga dengan Puma. 4 pasukan telah mendapatkan khidmat Puma untuk membekalkan persalinan mereka.

Pasukan tersebut ialah Uruguay, Switzerland, Serbia dan Senegal.

Jenama-jenama lain

Tahukah anda bahawa ada juga jenama yang berjaya mencuri hati pengurusan pasukan bertanding untuk kempen di Rusia.

Contohnya, New Balance berjaya menempatkan diri untuk membekalkan jersi kepada Costa Rica serta Panama.

Peru memilih Umbro manakala Denmark memakai Hummel. Jenama Errea boleh dilihat pada pemain-pemain Iceland.

Tunisia memilih Uhlsport sebagai pembekal jersi. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Uhlsport turut muncul dalam kejohanan ini apabila produk mereka dipakai oleh skuad Tunisia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN