Adakah Rabih Ataya Akan Pamer Sisi Lainnya Berdepan UiTM FC

Rabih Ataya Kedah PJ City 2021

Bertemu UiTM FC, kelibat bekas pemainnya, Rabih Ataya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menjadi tumpuan semua pemerhati bola sepak tempatan.

Selepas melalui empat perlawanan, aksinya masih belum cukup memberangsangkan walaupun ada peningkatakan dalam dua perlawanan terkini berdepan Penang FC dan PJ City FC. Kedah terikat 1-1 dengan Penang FC dan menang 3-1 ke atas PJ City.

Adakah berdepan bekas pasukannya, UiTM FC pada malam nanti, kita akan melihat aksi sebenar Rabih Ataya di atas padang? Berdepan PJ City pada Rabu, kita dapat melihat hampir aksi terbaik olehnya dengan gerakan dan satu bantuan golnya.

Diketahui memiliki kualiti hantaran yang baik, bersama The Lions musim lalu, pemain skuad kebangsaan Lubnan itu beraksi di jentera serangan kanan dan telah banyak membantu membuat hantaran lintang berkualiti kepada penyerang.

Bersama Hijau Kuning, Aidil Sharin meletakkannya di jentera tengah menyerang dan perlu menggerakkan jentera tengah untuk membuka ruang serta peluang buat Kipre Tchetche dan Kpah Sherman untuk menghasilkan jaringan gol.

Disebabkan itu, kita melihat bek kanan, Rizal Ghazali akan naik sehingga ke defensive third lawan untuk membuat hantaran lintang. Walaupun di atas kertas, Kipre Tchetche tampak seakan-akan pemain sayap menyerang kanan, namun, beliau dilihat diberikan kebebasan untuk membantu Kpah Sherman di jentera serangan.

Mungkin atas faktor itu kita kurang dapat melihat kemampuan sebenar Rabih Ataya yang bergerak di tengah. Aidil Sharin lebih mengetahui mengapa beliau meletakkan percaturan sebegitu walaupun ramai menjangkakan, gandingan tiga serangkai Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Rabih Ataya sebagai penggempur.

Adakah Aidil Sharin akan melakukan kejutan sekali lagi dengan mengambil risiko membuat percaturan baharu? Beliau tidak takut untuk mengambil risiko sepanjang membimbing Kedah dan dalam aksi berdepan PJ City, beliau mengambil risiko.

Meletakkan Rozaimi Abdul Rahman sebagai pemain sayap menyerang kiri dalam kesebelasan utama adalah risiko yang diambilnya selain menyenaraikan Fandi Othman di bek kiri. Rozaimi telah mempamerkan dua aksi berkualiti sebagai pemain gantian ketika berdepan Sabah FC dan selepas itu ketika berdepan Penang FC.

Dalam sidang media selepas terikat dengan keputusan 1-1 berdepan Penang FC, beliau berkata, “Rozaimi [Abdul Rahman] masuk buat kali kedua. Kali pertama ketika berdepan Sabah mengubah perlawanan. Dan dia melakukannya sekali lagi tadi.”

“Sangat gembira melihat pemain mula menyesuaikan diri dengan pasukan,” jelasnya yang kemudian memasukkan Rozaimi dalam kesebelasan utama berdepan PJ City.

Mungkin gandingan Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Rabih Ataya belum cukup diasah untuk digunakan pada musim ini? Ungkap Kipre Tchetche kepada The Star, mereka masih cuba membentuk kesefahaman bersama Rabih Ataya. Pra-musim yang singkat menyebabkan percaturan baharu sukar dibentuk oleh mereka.

Katanya, “[Rabih] Ataya adalah pemain yang bagus tetapi dia baru sahaja menyertai kami. Kami masih cuba untuk mengenali antara satu sama lain lebih baik. Saya yakin saya dan [Kpah] Sherman akan serasi bersamanya dan pemain berkualiti sepertinya sentiasa membantu kami dalam situasi menyerang.”

“Ini kerana, dia bijak untuk membuka ruang buat penyerang,” tegas Kipre Tchetche mengenai kualiti Rabih Ataya dan itu mungkin menjawab kepada persoalan, mengapa pemain sayap berusia 31 tahun itu lebih sesuai diletakkan di jentera tengah.

Berdepan UiTM FC, adakah beliau akan dikembalikan ke posisi sayap menyerang kanan? Semua tahu, Rizal Ghazali tentunya sudah terbeban dengan jadual padat selain perlu melakukan tugasan ‘ekstra’ di atas. Jika Rabih Ataya mengambil alih posisi itu, mungkin kita dapat melihat sisi berbeza Kedah, malam nanti.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah:

Liga Super 2021: Baddrol Bakhtiar Bangkit Bantu Kedah Tundukkan PJ City

Ini Komen Aidil Sharin Tentang Prestasi Baddrol Bakhtiar Yang ‘Dikritik’

Tanpa Renan Alves & Syazwan Tajudin, Kedah Buat Rombakan Di Benteng Lagi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN