Adakah MoU FAM Dengan JFA & J-League Sudah Dibakul Sampahkan?

Mou FAM JFA

Apakah yang membuatkan sebahagian peminat bola sepak di negara kita sudah mula berputus asa untuk melihat Malaysia kembali menjadi kuasa besar dalam bola sepak Asia?

Adakah adil untuk kita katakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah sebuah badan pengelola bola sepak kebangsaan yang gagal untuk memastikan perkembangan sukan tersebut di negara ini?

Perkara ini dibincang dengan serius oleh beberapa pengamal media bola sepak termasuk penulis Semuanya BOLA sendiri iaitu Gary Lugard dalam media sosial.

Beliau merujuk kepada perkongsian Ketua Editor Vocket FC, Ahmad Ridzuan menerusi ciapannya di Twitter yang mendedahkan kini sekitar 250 orang pemain Jepun sedang berkelana di Eropah bermain bola sepak dari divisyen paling atas sehingga peringkat divisyen ke-3, 4 dan 5.

Namun difahamkan 250 orang itu sebenarnya hanyalah jumlah di Jerman sahaja, jumlah keseluruhan pemain Jepun yang sedang beraksi di Eropah adalah sebanyak 451 orang!

 

Pencapaian tersebut secara tidak langsung menggambarkan betapa agresifnya pembangunan bakat muda di negara matahari terbit tersebut. Jika mahu dibandingkan dengan perkembangan bola sepak di Malaysia ketika ini, bolehlah kita anggap bagai langit dengan bumi.

“Kalau tak silap, Jepun mula membuat rombakan sistem bola sepak mereka bermula awal 1990-an. Sekitar 1991 liga bola sepak Jepun dianggap berada di tahap terendah,” ujar Gary dalam penulisannya di Facebook.

Sejarah J League: Bagaimana Jepun Memulakan Liga Bola Sepak Mereka (Siri 1)

“Liga utama mereka menyaksikan penyertaan pemain bertaraf amatur. Sebagai badan pentadbir bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sedar sesuatu perlu dilakukan.

“Tahun 1993 J League dimulakan hanya dengan 10 kelab sahaja. Lagi sedikit dari Liga Super Malaysia. Lima tahun kemudian, Jepun melakukan penampilan pertama di Piala Dunia.

“Sebagai perbandingan kita miliki liga profesional sejak 1994 lagi. Jumlah pasukan bertanding berubah-ubah. Bermula 16 pasukan pada 1994, jadi 15. Kemudian makin berkurang dari 12 jadi, sekejap 13 dan sehingga hari ini 12.”

Menurut Gary, jika setiap musim 12 kelab yang bermain di liga utama yang dianggap ‘liga profesional’ sejak 27 tahun lalu ini mampu hasilkan seorang pemain berkualiti untuk pasukan kebangsaan, bola sepak negara kita pada hari ini mungkin sudah setanding dengan Jepun.

Sejarah J League: Siri Kedua – Musim Pertama Liga

“Tak payahlah setiap musim. Janji ada lah dua tiga orang dalam tempoh 10 tahun pun cukup. Ini realiti jurang kualiti bagi mereka yang benar-benar mengimpikan ke Piala Dunia berbanding kita ada dua-tiga naturalisasi dah yakin boleh pergi jauh,” tambahnya lagi.

“Malangnya bola sepak bukan begitu. Sebab bola sepak itu satu proses. Berapa ramai pemain kelab dan pasukan Liga Malayia kita pernah eksport ke luar negara?

“Hari ni ada Luqman Hakim sahaja di Eropah. Itu pun bukan hasil dari kelab yang bertanding di liga domestik kita. Di mana silapnya? Bagaimana kita boleh perbaiki? Janganlah jadi liga syok sendiri.”

Perkara yang dibangkitkan oleh Gary itu kemudian disambut oleh Ketua Editor Semuanya BOLA, Ahmad Muzammil yang mengatakan beliau sudah lama membangkitkan isu ini menerusi artikel yang diterbitkan sejak tahun 2015 lagi

Anda boleh baca artikel tersebut di sini:

8 Perkara Yang Kita ABAIKAN Daripada Lawatan FAM Ke Jepun Pada 1999

“Tahun 2015 dulu, FAM ada buat MOU dengan J-League. Bila aku follow up perkembangan MOU ni, tak pasal-pasal aku dibalas ‘sayang, sayang, sayang’ oleh Tok Uban (Datuk Abdul Mokhtar Ahmad).

Berdasarkan pertanyaannya kepada beberapa pengamal media yang lebih senior, panggilan ‘sayang’ itu adalah ‘isyarat’ bekas Timbalan Presiden FAM itu tidak selesa dengan pertanyaan wartawan yang diajukan kepadanya.

“Masalah kita ni bukannya tak celik. Kita dah lama dah celik pasal perkembangan Jepun. Sebaliknya masalah kita adalah follow-through,” tambahnya lagi.

“Lepas buat MoU, patutnya kenalah mula buat kerja. Buat liga antara sekolah yang proper. Bukan buat kejohanan bersifat karnival macam MSSD, MSSN dan MSSM.

Sumber: FAM

Muzammil turut mempersoalkan MoU yang sekali lagi dibuat oleh FAM bersama JFA pada 2019, namun sejauh mana hasil kerjasama daripada berkali-kali MoU tersebut tidak diketahui. Mungkin dua atau tiga tahun lagi akan ada MoU lain pula.

Begitu juga dengan ‘janji’ yang pernah diucapkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam semasa membentangkan Roadmap F30 yang mahu melakukan projek percubaan liga inter-school seperti mana yang telah sekian lama dilaksanakan di Jepun. Malangnya janji hanya tinggal janji.

“Ada satu masalah Malaysia pasal bola sepak. Satu masalah ni boleh menjawab semua sebab kenapa scene bola Malaysia tak maju-maju.

“Jawapan dia adalah di Malaysia ni, semua orang ada agenda peribadi masing-masing. Konsep ‘agenda kebangsaan’ adalah ‘alien’ untuk orang Malaysia. Yang kita utamakan hanyalah agenda peribadi.

“Bila kita buat apa-apa, kita akan tanya ‘what’s in it for me’ dulu berbanding ‘what’s in it for Malaysia’. Selagi kita tak ubah benda ni, aku berani jamin, tahun 2030 nanti kita masih akan sembang pasal benda ni kat Facebook.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Di Malaysia Pemain Posisi No. 6 Sering Diabaikan Dalam Menilai Kejayaan Pasukan

Perak Nafi Kontrak Jeon Hyo-seok, Kenyataan Mehmed Pada 2020 Pula Sebaliknya

[VIDEO]: Tonton Nasihat Emas Mokhtar Dahari Mengenai Tanggungjawab Bermain Untuk Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN