Adakah Malaysia Akan Sertai Indonesia Di ‘Playoff’ Kelayakan Piala Asia 2023?

indonesia playoff kelayakan piala asia 2023 malaysia

Pintu untuk ke Piala Dunia sudah tertutup rapat selepas Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam pada Sabtu, namun tiket ke Piala Asia 2023 masih terbuka untuk direbut.

Jika tewas sekalipun kepada Thailand, tiket ke Piala Asia masih terbuka buat Malaysia tetapi kita menempah laluan yang lebih berliku iaitu kena bermula di pusingan playoff. Itu yang kita perlu elakkan untuk terus ke pusingan terakhir kelayakan Piala Asia.

Untuk terus ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia, Harimau Malaya perlu tamatkan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia ketika ini di kedudukan ketiga kumpulan.

Itu lebih membantu kerana pusingan playoff akan dipecahkan kepada dua peringkat dengan melibatkan dua aksi di laman sendiri dan lawan. Ini akan tambah menyukarkan laluan Malaysia, jika bermula di playoff. Tetapi, adakah Malaysia akan ke playoff?

https://twitter.com/bola_indonesia/status/1403580431874678784

Jika Malaysia terikat atau kalah kepada Thailand

Jika skuad kebangsaan seri atau kalah kepada Thailand pada Rabu, Thailand akan mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia sebagai pasukan kedudukan ketiga Kumpulan G dengan 12 atau 10 mata. Malaysia akan kekal di kedudukan ke-4.

Malaysia berpeluang mengiringi Thailand, tetapi bergantung kepada keputusan dan kedudukan akhir dua lagi kumpulan. Kumpulan E melibatkan persaingan antara India, Afghanistan dan Bangladesh serta Kumpulan F melibatkan Mongolia dan Myanmar.

Hong Kong di Kumpulan C juga berpeluang pintas kedudukan Malaysia, jika mereka menang ke atas Oman di perlawanan terakhir – yang dilihat mustahil untuk berlaku.

Empat pasukan kedudukan keempat terbaik pusingan kelayakan Piala Dunia ini akan bersama pasukan di kedudukan ketiga kumpulan mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia. Malaysia sedang mendahului carta pasukan kedudukan keempat terbaik.

Kedudukan ke-4 terbaik kelayakan Piala dunia piala asia

Masih berpeluang ke pusingan akhir kelayakan

Seri atau kalah kepada Thailand, Malaysia sebenarnya masih berpeluang menemani Thailand untuk mara terus ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia. Mata Malaysia agak kukuh untuk kekal dalam kelompok empat pasukan kedudukan empat terbaik.

Tetapi, janganlah kita ambil mudah aksi berdepan Thailand nanti, waima kita tetap berpeluang ke pusingan akhir kelayakan. Kita hampir pasti akan mengelak pusingan playoff yang akan menambah liku perjalanan untuk ke Piala Asia 2023 di China.

Kemenangan ke atas Thailand bolehlah dianggap tonik kepada prestasi buruk skuad negara ketika ini yang tewas dalam dua perlawanan, 0-4 kepada UAE dan 1-2 kepada Vietnam. Selain dua aksi tersebut, Malaysia juga tewas dalam dua aksi persahabatan.

Jadi, Malaysia amat memerlukan kemenangan ini bagi mengubati luka tewas empat aksi di UAE selepas 18 bulan tidak beraksi. Ia satu kemenangan moral buat pasukan.

Pusingan akhir kelayakan Piala Asia

Di pusingan akhir kelayakan, 24 pasukan akan dipecahkan kepada enam kumpulan dengan aksi timbal balik. Pada pusingan terakhir kelayakan edisi 2019, Malaysia menamatkannya di kedudukan tercorot Kumpulan B dengan hanya tiga mata.

Sebanyak 12 tiket ditawarkan di pusingan terakhir kelayakan ini dengan juara dan naib juara kumpulan akan mengiringi juara semua kumpulan pusingan kelayakan kedua Piala Dunia ketika ini. Kita terlepas tiket automatik Piala Asia kepada Vietnam.

Walaupun keputusan berdepan UAE dan Vietnam amat mengecewakan, Malaysia masih di landasan untuk bersaing ke Piala Asia yang merupakan sasaran awal kita.

Kita belum lagi gagal kerana sejak awal lagi, Cheng Hoe telah memaklumkan yang beliau mensasarkan untuk layak secara merit ke Piala Asia. Yang mengecewakan penyokong, Malaysia sebenarnya berpeluang untuk raih tiket automatik lebih awal.

Skuad kebangsaan seolah-olah memberikan harapan yang mereka mampu untuk layak terus ke Piala Asia dalam kelayakan ini. Sebelum aksi bersambung, Malaysia berada di kedudukan kedua dengan sembilan mata, dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.

Diharapkan kita akan beroleh kemenangan moral ke atas Thailand. Ia membantu skuad negara yang telah lama tidak bermain bersama. Jangan risau, kita tidak akan sesekali menyertai Indonesia untuk bersaing di pusingan playoff kelayakan Piala Asia 2023.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Masih Wajarkah Safawi Rasid & Sumareh Berada Dalam XI Malaysia Berdepan Thailand?

Vietnam Rai Tewaskan Malaysia Seolah-Olah Telah Layak Ke Piala Dunia

VIDEO: Penyokong Vietnam Berikan Guard Of Honour Kepada Penyokong Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN