Adakah Kedatangan Lukaku Akan Bunuh Karier Werner Di Chelsea?

Romelu Lukaku Timor Werner Chelsea

Selepas Chelsea melengkapkan pembelian Romelu Lukaku yang menelan belanja setinggi £97.5 juta (RM572.8 juta), timbul pula persoalan mengenai nasib Timo Werner.

Penyerang Jerman itu sepertinya hilang status selaku penyerang utama selepas diletakkan di bangku simpanan dalam aksi menentang Arsenal tempoh hari.

Beliau hanya dimasukkan pada penghujung perlawanan menggantikan Kai Havertz ketika pasukannya sudah pun mendahului 2-0.

Situasi itu seolah-olah menunjukkan bahawa keberadaannya di Stamford Bridge kini hanyalah sebagai ‘watak sampingan’ semata-mata.

Jauh panggang dari api?

Sejak tiba di Stamford Bridge dengan reputasi besar sebagai penyarang prolifik di Bundesliga, bekas bintang RB Leipzig itu bergelut untuk membuktikan kemampuan sebenarnya di pentas bola sepak Inggeris.

Walaupun Chelsea telah mengalami transformasi hasil sentuhan Thomas Tuchel yang berjaya memberikan kejuaraan Eropah, namun Werner seakan-akan ‘terbeban’ dengan kedudukannya selaku penggempur utama pasukan.

Dari 52 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu, beliau hanya mampu menyumbang 12 jaringan sahaja dan ia bukanlah statistik yang baik untuk seorang penyerang utama bagi sebuah kelab yang memburu kejuaraan.

Ketika mengetuai jentera serangan Chelsea dalam aksi pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace dalam aksi pembukaan, Werner jelas begitu sukar untuk menemui sentuhan jaringan.

Malah berdasarkan statistik peribadinya dalam perlawanan itu, beliau hanya membuat 29 sentuhan sahaja sepanjang 90 minit di atas padang – paling sedikit berbanding kesebalasan utama Chelsea yang lain.

Mujurlah Chelsea tetap mencatat kemenangan bergaya 3-0 hasil jaringan Marcos Alonso, Christian Pulisic dan peman muda produk akademi Trevoh Chalobah.

Tak mungkin lebih baik dari Lukaku

Lukaku tidak menunggu lama untuk membuktikan kehebatannya tempoh hari dengan gol yang menghukum barisan pertahanan Arsenal hanya selepas 15 minit perlawanan berlangsung.

Penyerang Belgium itu telah menjaringkan 24 gol dari 36 perlawanan Serie A pada musim lalu, sekaligus menghadiahkan kejuaraan Scudetto kepada Inter Milan buat kali pertama dalam tempoh sedekad.

Chelsea pula walaupun memperoleh gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu, tiada seorang pun pemainnya yang menjaringkan lebih dari tujuh gol dalam saingan EPL dengan Jorginho menjadi penjaring terbanyak pasukan, majoritinya menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun menurut Thomas Tuchel, kedatangan Lukaku bukanlah ‘pengakhiran’ buat Werner, jauh sekali untuk ‘membunuh’ keriernya di Chelsea.

https://twitter.com/ChelseaFCBlogs_/status/1429382845001191424?s=20

Dengan Tammy Abraham dan Olivier Giroud sudah pun berhijrah ke Serie A, ia bermakna setiap pemain bahagian serangan yang masih kekal ketika ini berada dalam perancangan pasukan.

Bukan penyerang tengah

Faktanya, posisi Werner ketika menyerlah di Bundesliga juga bukanlah sebagai penyerang utama, sebaliknya beliau dilihat lebih bebas beraksi di pelbagai posisi terutamanya bahagian sayap kiri menyerang dan membentuk gandingan yang baik dengan penyerang utama lain.

Werner membentuk gandingan yang sempurna bersama Yussuf Poulsen dan Emil Forsberg ketika di Leipzig. Beliau juga beraksi dengan baik di samping Patrik Schick sebelum penyerang Republik Czech itu berpindah ke Bayer Leverkusen.

Musim sebelum Chelsea menandatanganinya, beliau telah menyumbang 13 bantuan jaringan dari 45 perlawanan untuk skuad kendalian Julian Nagelsmann. Begitu juga dengan statistik 15 bantuan jaringannya pada musim lalu, ia telah menjawab apakah sebenarnya keistimewaan Werner.

Melihat kepada senarai pemain Chelsea ketika ini, Werner masih perlu bersaing dengan beberapa pemain lain seperti Pulisic dan Callum Hudson-Odoi di posisi tersebut.

Situasi itu diharapkan memberi impak yang positif dari sudut persaingan dalam merebut kesebelasan utama kerana setiap pemain akan memberikan aksi terbaik sewaktu sesi latihan dan setiap kali diturunkan.

Penutup

Justeru itu, mungkin tidak tepat untuk mengatakan karier Werner di Chelsea bakal berakhir, tetapi kehadiran Lukaku bakal menyerlahkan semula kemampuan sebenarnya selepas ini apabila kembali ke posisi terbaiknya. Tuchel sudah pun memiliki skuad yang serba lengkap di setiap posisi.

Dengan segala perbelanjaan besar dalam tempoh beberapa tahun ini, tiada apa lagi yang dimahukan oleh pemilik Roman Abramovic melainkan kejuaraan EPL yang kali terakhir dimenangi pada musim 2016/17 yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN