Adakah Arsenal Bakal Dibeli Oleh Pak Arab?

Sheikh Khalifa bin Hamad Al Thani

Adakah Arsenal bakal mempunyai pemilik baharu selepas ini?

Nampaknya begitulah, jika kita ikutkan laporan dari Timur Tengah.

Laporan dari Qatar menyebut, Arsenal kini sedang dirisik oleh seorang Pak Arab yang mahukan pemilikan kepada kelab Premier League itu.

Pak Arab yang dimaksudkan ialah Sheikh Khalifa bin Hamad Al Thani.

Sheikh Khalifa merupakan salah seorang daripada ahli keluarga diraja Qatar yang juga merupakan mantan presiden kelab Al-Arabi Qatar.

Beliau dilaporkan mempunyai jumlah kekayaan yang tidak habis dimakan oleh tujuh keturunan sebanyak $200 bilion.

Perkembangan positif

Situasi ini berlaku selepas Sheikh Khalifa melihat situasi positif di Ligue 1 terutamanya pemilikan Paris Saint-Germain (PSG) yang jelas sekali mengubah nasib kelab itu.

Malah apa yang lebih menarik, Sheikh Khalifa ada melakukan satu ciapan yang cukup mengundang spekulasi di Twitternya dengan memberikan bayangan proses untuk mendapatkan pemilikan majoriti di Arsenal sudah bermula.

“Saya rasa sudah tiba masa untuk ianya dijual, ianya semakin teruk, London Merah,” kata beliau di Twitter.

Sheikh Khalifa berkata yang tawaran sudah pun dilakukan dengan beliau menanti jawapan dari pihak pemilik Arsenal – Stan Kroenke.

Malah beliau turut berkata jika tawaran itu ditolak, maka pada Jumaat ini (27 Ogos 2021) akan ada tawaran baru dihantar.

Dan ianya adalah tawaran terakhir.

“Jumaat, mereka akan lakukan tawaran terakhir. Kita lihat macam mana. Peluang terakhir.”

 

Dan dalam masa tujuh bulan lagi, ianya akan dipateri dengan baik.

Ianya berdasarkan ciapan Sheikh Khalifa yang memuatnaik logo Arsenal sambil berkata tujuh bulan.

 

Adakah ianya akan berlaku? Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply