ACP Dali Wahid Nafi Dakwaan JDT Dapat Keistimewaan Sepakan Penalti

Dali

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Asisten Komisioner (ACP) Md Dali Wahid menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan segelintir pihak bahawa pengadil tempatan memberikan hak keistimewaan tertentu seperti sepakan penalti kepada mana-mana pasukan termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dali menegaskan, pasukan yang mendapat paling banyak sepakan penalti tidak bermaksud pengadil tempatan itu berpihak kepada pasukan tersebut di mana beliau percaya pengadil tempatan sentiasa melaksanakan keputusan tepat dan saksama.

Dengan merujuk statistik sepakan penalti 2018, Dali memberitahu tiada mana-mana pasukan diberikan hak keistimewaan tertentu termasuk JDT sekali gus menafikan kononnya skuad Harimau Selatan itu diberikan layanan lebih berbanding pasukan-pasukan lain.

“Saya memang ada terbaca di akhbar tempatan tentang kononnya JDT seolah-olah diberikan ‘keistimewaan’ selepas mendapat empat sepakan penalti sepanjang empat perlawanan awal musim ini.

“Penalti akan diberikan kerana ia memang berlaku kesalahan tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan Perak dan Melaka? Adakah mereka turut diberikan keistimewaan?

“Jika begitu adakah Kedah yang diberikan paling banyak sepakan penalti pada musim lalu menjadi pasukan kesayangan pengadil? Disebabkan mereka mendapat lapan sepakan penalti dan diberikan keistimewaan lebih daripada pasukan-pasukan lain?

“Jawapannya sudah tentu tidak dan seperti saya katakan sebelum ini, tiada keistimewaan diberikan kepada mana-mana pasukan. Ini kerana pengadil bertugas sentiasa mengamal dua perkara; tegas dan adil.

“Saya berpendapat pengadil sentiasa berusaha memastikan mutu pengadilan berada di tahap terbaik dan betul ketika membuat keputusan. Jika berlaku kesalahan dalam kotak penalti, maka ia wajar diberikan sepakan penalti. Tiada istilah beri keistimewaan kepada mana-mana pasukan seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya.

STATISTIK PENALTI MUSIM 2018

Felda United – 0
Johor Darul Ta’zim – 6 (diberikan) 6 (gol)
Kedah – 8 (diberikan) 6 (gol)
Kelantan – 1 (diberikan) 1 (gol)
Kuala Lumpur – 3 (diberikan) 3 (gol)
Melaka – 2 (diberikan) 2 (gol)
Negeri Sembilan – 6 (diberikan) 5 (gol
Pahang – 3 (diberikan) 1 (gol)
Perak – 7 (diberikan) 7 (gol)
PJ City FC – 0
PKNP FC – 1 (diberikan) 1 (gol)
PKNS FC – 5 (diberikan) 3 (gol)
Pulau Pinang – 0
Sarawak – 0
Selangor – 3 (diberikan) 2 (gol)
Terengganu FC I – 6 (diberikan) 5 (gol)
Terengganu FC II – 0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN