ACL: JDT Kumpulan E, Buriram Berada Di Kumpulan Sukar

Petang semalam telah berlangsung undian peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) bagi musim 2019 berlangsung di Pejabat AFC di Kuala Lumpur.

Juara Thailand, Buriram United diundi dalam kumpulan agak sukar. Buriram sekumpulan dengan Jeonbuk Hyundai Motors dari Korea Selatan.

Buriram disingkirkan oleh Jeonbuk pada peringkat 16 pasukan akhir pada musim lalu.

Selain daripada Jeonbuk, pasukan Buriram akan duduk bersama dengan naib Juara Liga jepun dan juga naib Juara Liga Super China (CSL).

JDT di kumpulan E

Sementara itu, salah satu pasukan pendatang baru dalam ACL, JDT menempah sejarah sebagai pasukan Malaysia pertama layak ke ACL. JDT diundi dalam kumpulan E. Berbanding dengan Buriram, JDT boleh dikatakan diundi dalam kumpulan yang lebih seimbang.

JDT sekumpulan dengan pasukan tempat ke-3 daripada Liga Korea Selatan serta 2 lagi pasukan daripada pusingan penentuan (play-off) ke-2 dan ke-4 daripada zon Timur.

Ini adalah laluan pusingan play-off yang akan duduk satu kumpulan dengan JDT.

Home United/Juara Liga Indonesia akan berhadapan dengan Newcastle Jet di pusingan kelayakan ke-2. Dan pemenang laluan ini akan berhadapan pasukan ke-4 Liga Jepun.

Satu lagi pasukan yang akan sekumpulan dengan JDT adalah daripada laluan play-off ke-2 yang menemukan Bangkok Utd vs Hanoi pada pusingan kelayakan ke-2. Pemenang akan menentukan kelayakan dengan bermain play off menentang pasukan ke-4 dari China.

Satu lagi pasukan Malaysia yang beraksi di pusingan kelayakan adalah Perak FA. Pasukan Seladang akan bertemu Kitchee pada pusingan kelayakan ke 2.

Jika berjaya Perak akan berhadapan dengan pasukan ke-4 Liga Korea Selatan dalam pusingan play-off – untuk menentukan kemaraan ke pusingan akhir ACL 2019. Pemenang kelayakan akan ditempatkan di kumpulan H.

Selamat maju jaya kepada JDT dan juga Perak yang masih beraksi dalam pusingan kelayakan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN